Wanita Mahukan Lelaki Yang Baik Dan Single, Tetapi…

 

Bukan sahaja lelaki yang mahukan wanita baik yang sopan santun dan manja, para wanita juga mahukan lelaki yang baik untuk dijadikan bakal suami, pada suatu hari nanti. Jika mengikut peredaran masa sekarang, majoriti wanita memang ramai yang bekerjaya dan mampu peroleh pendapatan sendiri. Malah, boleh hidup berdikari dan memandu kereta dimana sahaja yang mereka mahu pergi.

Namun sedemikian, pasti terdetik di dalam hati mahu memiliki pasangan yang boleh menemani mereka kemana sahaja. Apabila difikirkan hal jodoh ini, kadang-kala menyesakkan minda sendiri kerana semua jejaka tidak menepati citarasa mereka.



WANITA MAHUKAN LELAKI YANG BAIK DAN SINGLE

Tetapi adakah lelaki tersebut mampu untuk melayan kerenah mereka?

Adakah lelaki zaman sekarang berani berusaha untuk mendapatkan mereka, walaupun mereka ini kelihatan ‘high maintenance’?

Adakah lelaki zaman sekarang seorang yang bukan mudah berputus asa?

Adakah lelaki zaman sekarang mampu untuk memajukan diri sendiri? Memperbaiki diri sendiri menjadi seperti sangkaan mereka?

Setiap wanita memang mempunyai harapan yang tinggi pada seorang lelaki, kerana bagi mereka

“Lelaki kan, kena laaa kuat…”

“Lelaki sepatutnya memimpin perempuan, kalau lemah macam ni, aku kena fikir 2 kali…”

“Lelaki pun suka merajuk ke?”

“Lelaki kena la kerja lebih nak kasi isteri, anak-anak makan nanti…”

Sebagai manusia biasa sudah tentu kita tidak dapat membaca fikiran insan lain. Apakah yang wanita ini mahukan sebenarnya? Orang ramai mengatakan wanita ini sungguh rumit.



Wanita ini merumitkan kerana dirinya sendiri juga tidak dapat mengawal emosinya sehinggakan tidak dapat mengenal siapakah dirinya yang sebenar “Kenapa aku macam ni ye?”, “Kenapa aku tiba-tiba sedih…”….

Malah tidak membenarkan orang lain untuk memahami dirinya juga, seperti ada dinding yang konkrit sukar untuk ditembusi. Adakah hanya lelaki bertuah sahaja dapat mendampingi mereka?

ATAU ADAKAH SEBENARNYA LELAKI ZAMAN SEKARANG YANG MERUMITKAN?

Lelaki itu sendiri bukanlah merumitkan, cuma mereka sendiri tidak suka dalam keadaan yang merumitkan. Mereka lebih suka berdiam diri ketika mengalami masalah, menjauhkan diri dan kadang-kadang menghilangkan diri yang membuatkan wanita tertanya-tanya. Adakah mereka ini sebenarnya mempermainkan hati mereka?

Dan dari situasi begini sahaja wanita sudah memikirkan sukar untuk mencari LELAKI YANG BAIK DAN SINGLE ini. Seperti yang kita tahu, wanita memang gemar mengandaikan sesuatu yang buruk dan negatif. Begitu jugalah pemikiran mereka terhadap lelaki sebegini.

Mereka mahukan lelaki yang baik dan single… tetapi….kadang-kala mereka sendiri juga tidak tahu apa yang mereka mahukan. Cuma mungkin, belum tiba masanya lagi lelaki bertuah muncul dalam hidup mereka.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,418 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen