Ketahui Ucapan Yang Mampu Membuat Pasangan Anda Senyum Seharian.

 

Apabila berjauhan, sudah pasti mesej, panggilan telefon serta WhatsApp menjadi penghubung kalian untuk melepaskan perasaan rindu terhadap pasangan. Tapi apabila tiba hari yang sibuk, pasti salah seorang dari anda tidak mempunyai masa yang cukup untuk membalas setiap mesej anda. Jadi apa yang anda harus lakukan apabila tiba hari si dia sibuk? Mudah sahaja, anda hanya perlu berikan tiga ucapan yang ringkas tetapi ia mampu membuat pasangan anda senyum sepanjang hari.



1. “Selamat pagi sayang” atau “Selamat malam sayang.”

Ia kelihatan mudah dan ringkas tetapi ia membahagiakan ye. Cuba anda bayangkan, permulaan atau pengakhiran hari pasangan anda adalah mengenai anda. Bahkan, ia membuat pasangan tahu bahawa anda sentiasa memikirkan dirinya walaupun apa jua keadaan. Sibuk bukan lah satu perkara yang akan menghalang kalian untuk terus saling mengingati antara satu sama lain.

2. “Semoga segala urusan awak ini berjalan lancar.”

Kata semangat yang akan membuat pasangan lebih berfikiran positif serta kuat untuk menempuhi rutian hariannya. Mana tidaknya anda yang menjadi kata penguat semangatnya. Bahkan anda jua lah yang menjadi pendorong dirinya untuk melakukan tugas dengan lebih baik serta bersemangat. Jika anda tidak lakukan ini, pasti pasangan anda akan kerap memikirkan anda serta merasa hilang semangat untuk dia melakukan tugasnya.


3. “Saya rindu awak, nanti kita jumpa ye.”

Ini lagi lah buat pasangan anda berkobar-kobar menyiapkan rutin hariannya. Jika anda jalani hubungan jarak jauh, pasti pasangan anda tidak sabar untuk berjumpa dengan anda. Semakin teruja perasaan tersebut akan mengakibatkan perasaan rindu yang banyak. Jadi mahu tidak tersenyum nanti pasangan anda apabila mengingati anda. Pasti dirinya jadi tidak sabar untuk berjumpa dengan anda.

Baik pasangan yang jalinkan perhubungan jarak jauh, atau suami isteri yang ingin mengikat kasih sayang, boleh ucapakan tiga perkara ini. Tetapi bukan hanya tiga perkara sahaja, banyak lagi perkara lain yang boleh anda ucapkan pada pasangan anda yang mampu membuat dirinya tersenyum sepanjang hari.


 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 526,844 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen