Jadilah Wanita Yang Mahal Dimata Lelaki Bukannya Wanita Yang Pentingkan Diri.

 

Setiap wanita sudah tentu mahukan lelaki yang terbaik menjadi pasangan mereka. Apabila mahukan yang terbaik, kadang-kala kaum wanita ini lupa untuk cermin pada diri sendiri. Mahukan lelaki yang sempurna, alim, pergi masjid setiap hari, mengaji setiap malam, tetapi diri sendiri tidak mahu berubah.

Pemikiran mereka hanyalah mahu menunggu seseorang, yakni seorang lelaki yang bergelar imam untuk mengubah mereka. Padahal diri sendiri enggan berubah walaupun sudah dinasihati oleh bapanya sendiri setiap hari.

INI YANG DINAMAKAN KEPENTINGAN DIRI SENDIRI.

Wanita yang terlalu mementingkan diri sendiri adalah yang telalu leka dengan duniawi. Terlalu sibuk mengejar populariti (di sosial media). Terlalu mendedahkan diri sendiri, sehingga tidak sedar di eksploitasi dalam pelbagai kaedah.



Seperti kata-kata dari Encik Mizan Dzai..

“Tolonglah jadi wanita yang mahal di mata lelaki, pandai pandailah jaga kehormatan diri. Jangan fikirkan bakal suami tapi fikirlah tentang bapak kau sendiri. Layak ke maruah bapak kau diinjak injak sedemikian rupa dengan perangai dan masalah yang kau buat?....

Jahat macam mana pun lelaki ni, dia akan cari wanita yang layak digelar isteri. Itu memang pasti. Aku tahu, lelaki yang ikhlas memperisterikan kau, dia akan terima kisah silam kau. Tapi kau pasti semua lelaki macam tu? Kau pasti suami kau tak terkesan dihatinya bila dia tahu cerita kau dulu? Lelaki tak cakap, tapi dia simpan. Cukup masa dia bila dia letup, kau menangis air mata darah sekalipun kau tak boleh buat apa dah…..”

Selain daripada itu, wanita yang mementingkan diri sendiri ini sering sahaja mengungkap...

"Alah, kalau bakal suami aku betul nak aku dia akan terima siapa aku dulu. Nanti lepas kahwin aku berubah lah…”

“Lelaki yang baik tak akan tanya pasal kisah silam aku la…”

Kata-kata ini sahaja sudah kelihatan bahawa wanita zaman sekarang hanya mementingkan diri sendiri, dan tidak memikirkan hak-hak orang lain terutamanya bapa anda yang sedaya upaya menjaga anda dari kecil hinggalah ke besar. Daripada ungkapan ini sahaja, sudah menggambarkan wanita suka melakukan sebarang perkara menurut emosi sahaja.



WANITA YANG MAHAL INI SUDAH TENTU MEREKA YANG PANDAI MENJAGA DIRI

Menjaga kehormatan diri…

Menghormati kedua orang tuanya..

Tidak mementingkan diri sendiri seperti pandai menjaga hati ibu bapanya..

Jangan terlalu sesak minda memikirkan tentang bakal suami sahaja, seolah-olah dunia ini dihamparkan memang untuk mencari jodoh sahaja, padahal terlalu banyak perkara atau ibadah yang boleh dilakukan. Membalas jasa ibu bapa, memperbaiki diri. Jika anda berubah menjadi seorang yang baik, maka eloklah jodoh yang datang. Insya Allah.

Dan yang paling penting, jangan lah terlalu mementingkan diri sendiri dengan menunggu teman lelaki atau suami untuk memujuk sahaja. Jika pasangan anda orangnya agak ‘blur’, jangan lah kejam sangat sampai esok tidak bertegur. Berterus-terang sahaja, anda mahu mereka memujuk. Mudah kan?



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,499 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen