Jom Ketahui Tanggung Jawab Seorang Suami Dan Hak Yang Mereka Perlu Dapat Dalam Keluarga Menurut Islam.

 

KEWAJIPAN DAN TANGGUNGJAWAB SUAMI

1. Suami menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Tempatkanlah mereka (isteri kamu) di mana kamu bertempat tinggal sekadar menurut kemampuanmu dan janganlah kamu mempersulitkan mereka supaya sempit kehidupan mereka”. (Surah al-Talaq: 6)

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Lelaki itu bertanggungjawab ke atas wanita dengan apa yang dilebihkan oleh Allah sebahagian mereka atas sebahagian dan dengan apa yang mereka nafkahkan daripada harta-harta mereka”. (Surah al-Nisa’: 34)

2. Suami memberi nafkah sekadar yang mampu.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sejahat-jahat manusia ialah yang mempersempitkan nafkah keluarganya”.(HR. Thabarani)

Sabda Baginda lagi:

“Dinar yang kamu nafkahkan ke jalan Allah. Dinar yang kamu belanjakan untuk membebaskan hamba. Dinar yang kamu belanjakan untuk orang miskin. Dan Dinar yang kamu belanjakan buat keperluan keluargamu. Maka yang paling besar pahalanya ialah yang kamu nafkahkan ke atas keluargamu itu.”(HR. Ahmad)

3. Mendidik isteri berilmu bagi menunaikan kewajipan fardu ain.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Lelaki itu adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap wanita.” (Surah al-Nisa’: 34)



Sabda Rasulullah SAW:

“Nasihatilah oleh kamu semua terhadap wanita itu dengan cara yang baik kerana sesungguhnya kamu telah mengambil mereka dengan amanah Allah dan menghalalkan kemaluan mereka dengan kalimah Allah”. (HR. Ibnu Majah dan Nasaee)

4. Bergaul dengan isteri dengan cara yang baik.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman tidak halal bagi kamu mewarisi wanita secara paksa dan tidaklah boleh kamu menghalangi mereka daripada berkahwin supaya dikurangkan mas kahwin kecuali sekiranya nyata mereka berbuat kekejian dan bergaullah dengan mereka secara yang baik maka sekiranya kamu membenci mereka pada suatu perkara mungkin Allah jadikan padanya kebaikan yang banyak.” (Surah al-Nisa’: 19)

HAK SUAMI DALAM KELUARGA

  • Kepemimpinan dan kekuatan dalam rumah tangga yang diletakkan atas bahu suami agar keluarga dapat dipimpin ke arah mendapat keredaan Allah SWT.
  • Ketaatan dan kesetiaan isteri kepada suami selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Jika suami mengingkari perintah Allah SWT maka isteri tidak perlu taat kepada suami.
  • Isteri juga bertanggungjawab merahsiakan kecacatan suami kepada orang lain kerana suami adalah ketua keluarga yang menjadi model dalam keluarga. Jika peribadi suami diperkecilkan maka kepemimpinan keluarga akan terancam.
  • Layanan yang munasabah dan kasih sayang termasuk zahir dan batin daripada isteri agar keseimbangan keperluan rohani dan jasmani sentiasa dijaga.
  • Meminta keizinan daripada suami sebelum keluar rumah kerana suami adalah ketua keluarga yang perlu mengetahui gerak-geri ahli keluarganya.

Semoga Ia Memberi Manfaat Kepada Kita Semua!



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 526,635 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen