Antara Sifat-Sifat Seorang Isteri Yang Boleh Mendatang Rezeki Kepada Suaminya.

 

Untuk menjadi seorang lelaki yang akan bergelar suami kelak, didiklah diri anda untuk menjadi seorang yang tidak kedekut. Dan didiklah diri untuk tidak takut pada kemiskinan kerana yakin semua rezeki itu adalah dari-Nya.

Sekiranya seorang suami kedekut dalam perbelanjaan isterinya, rezekinya juga akan ‘kedekut’ juga. Rezekinya menjadi semakin sempit dan sering sahaja merasakan tidak cukup, walaupun bergaji besar. Namun, dengan pendirian seorang lelaki yang tidak kedekut ini pasti akan melahirkan seorang isteri yang bakal mendatangkan rezeki pada dirinya.

Bagaimana ya? Jom ketahuinya seperti berikut…

1. Isteri yang taat pada perintah Allah SWT dan Rasul.

Hadirnya seorang suami yang soleh, pasti dapat membentuk isteri yang taat pada Allah dan Rasul dimana rumah yang sentiasa tenang dan keadaan yang semakin berseri. Inilah yang dinamakan keberkatan dari Ilahi.

2. Isteri yang taat pada suami.

“…Kemudian wanita-wanita yang soleh adalah taat lagi menjaga diri mereka di belakang suami mereka sebagaimana Allah telah menyembuhkannya“ (An-Nisa: 34)

Seperti Allah SWT telah berfirman, isteri yang soleh adalah isteri yang taat pada suaminya selagi tidak bertentangan dengan agama.

3. Isteri yang melayan suaminya dengan baik.

Wanita yang tahu tanggung jawab dan peranannya sebagai seorang isteri malah seorang ibu pada anak-anaknya. Wanita ini tahu untuk memenuhi segala hak yang perlu seorang suami dapat, dan yang paling penting adalah tahu menghormati dan menghargai suaminya.



4. Isteri yang hanya berhias untuk suaminya sahaja.

“Sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah,” (H.R. Muslim).

Jika anda dapat menghayati hadith tersebut, pasti anda tidak akan mensia-siakan kecantikan diri pada orang ramai. Sebagai seorang wanita, anda perlu tahu lelaki memang sukakan kecantikan pada wanita. Wanita itu sendiri juga suka pada kecantikan, maka jadilah wanita yang bijak dan solehah.

5. Isteri yang tahu menjaga kehormatan dan harta suaminya.

Sekiranya seorang suami keluar rumah untuk menjalankan tugasnya mencari nafkah yang halal dan pada masa yang sama si isteri juga tutut meninggalkan rumah tapi dia seharunya pandai menjaga kehormatan dirinya daripada orang asing. Kepercayaan yang diberikan suami kepadanya seharusnya digunakan ke jalan yang lebih memberikan manfaat dengan keizinan dari suami. Wanita seperti itulah yang turut memudahkan perjalanan rezeki menjadi lebih mudah dan lancar ke dalam rumah dan boleh dianggap sebagai hadiah kepada Allah di atas kesetiaan dan kejujuran terhadap suaminya.

Selain daripada itu, antara sifat-sifat yang lain adalah:

  • Isteri yang sentiasa meminta keredhaan dari suami.
  • Isteri yang sentiasa menerima pemberian suami dengan hati yang ikhlas tanpa merungut.
  • Isteri yang sentiasa meraih keredhaan Allah SWT.
  • Dan isteri yang tidak jemu berdoa untuk suaminya.

Jika seorang isteri tersebut tahu bagaimana ingin menyenangkan hati suaminya. Malaikat juga akan turut mendoakan serta memudahkan datangnya rezeki kepadanya.

 

 

 

 

 

 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,991 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen