6 Tanda Teman Lelaki Anda Sudah Layak Untuk Menjadi Seorang Suami.

 

Untuk mengetahui seseorang itu sudah layak untuk berkahwin, menjadi seorang suami atau isteri, jangan hanya pandang pada luaran sahaja. Tetapi pandang lah juga pada dalaman seseorang. Kadang-kala perkara sebegini tidak dapat dirasai oleh insan tersebut, tetapi melalui pandangan orang luar terutamanya ibu bapa dan sahabat baik kerana mereka orang terdekat yang dapat mengesan perubahan tersebut.

Seorang lelaki jarang untuk menghebahkan dirinya sudah bersedia untuk berkahwin malah untuk menjadi seorang suami. Semuanya itu hanya dirasai apabila lelaki ini telah bertemu dengan seorang wanita yang dapat membuka hatinya sahaja.



Apabila telah bersedia, pasti lelaki ini terus bertindak. Jadi, pada wanita diluar sana, jom ketahui sama ada teman lelaki anda itu layak untuk menjadi suami atau tidak?

1. Boleh menjadi pendengar yang baik.

Adakah teman lelaki anda  boleh menjadi pendengar setia? Adakah si dia boleh mendengar celoteh anda tanpa henti dan tanpa noktah? Dan apabila mereka mendengar, adakah mereka benar-benar mendengar atau mengelamun sahaja?

Anda perlu tahu, jika si lelaki sudah bersedia menjadi pendengar setia tanpa mengeluh, itu tandanya si dia layak untuk menjadi seorang suami kerana setelah berkahwin wanita hanya meluahkan perasaan pada suami sahaja.

2. Pandai menyusun kata-kata ketika berbicara.

Teman lelaki anda juga sentiasa jaga dengan setiap lontaran kata-katanya. Si dia tidak sesuka hati bercakap tidak kena waktu, masa dan tempat. Dia juga tahu dengan siapa, dia berbicara. Adakah dengan kawan-kawannya sendiri, sahabat anda, atau ahli keluarga. Tidaklah dengan ibu bapa anda, si dia layan seperti sahabat bukan. Pasti lah si dia menghormati orang tua anda sehingga rasa tenang untuk berbual.

3. Tidak melontarkan kata-kata makian dan lucah.

Kata-kata makian, kasar, kesat dan lucah sudah tentu tidak sesuai di dengari oleh ramai orang. Apa pula kata ibu bapa anda, jika berbual dengan kawan-kawan, ada sahaja kata-kata lucah yang dilemparkan. Jika dari awal mereka tidak didik diri untuk berkata-kata baik, khuatir akan memberi kesan pada keluarga dan anak-anak kelak.



4. Tidak gentar untuk ucapkan kata maaf.

Mereka tahu untuk mengungkapkan kata maaf pada masa yang sesuai. Lelaki pasti ego untuk mengungkapkan kata maaf, dan keesokan harinya seperti tiada apa yang berlaku sahaja. Situasi ini pasti membuat kaum wanita geram dan marah. Jadi, pilihlah lelaki yang boleh mengaku kesalahan mereka.

5. Menepati masa.

Bagaimana teman lelaki anda ketika mahu bertemu dengan anda? Sering terlajak tidur? Untuk mengetahui teman lelaki anda menepati masa atau tidak, lihat sahaja rutin harian mereka. Adakah mereka bangun pada awal subuh? Adakah mereka pergi ke kerja pada masa yang telah ditetapkan? Atau adakah mereka sering lewat ke kelas?

6. Tidak terlalu obsess dengan lepak malam.

Dan yang paling penting, teman lelaki anda tidak terlalu obsess untuk lepak sehingga lewat malam bersama rakan-rakan. Untuk menjadi seorang suami kelak, sudah tentu tanggung jawab mereka hanya untuk menjaga keluarga tidak kira masa. Jika mahu bertemu rakan-rakan sekalipun, tidak lah sehingga lewat malam kerana mereka tahu untuk membahagikan masa dengan kualiti.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 487,914 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen