“Maaf, Saya Tak Layak Untuk Awak…” Jom Ketahui Puncanya.

 

“Awak terlalu baik untuk saya…”

“Saya harap awak dapat jumpa dengan lelaki yang lagi baik dari saya…”

Selalu sahaja kita dengari ungkapan sebegini, bukan? Seperti ketika putus cinta atau friendzone. Ayat ini menjadi tipikal pada pasangan yang bercinta dan merasakan diri mereka tidak layak untuk berdampingan dengan pasangan mereka.



Tetapi adakah mereka benar-benar merasakan diri mereka tidak layak? Atau hanya bermain-main sahaja?

Ramai dikalangan mereka sering mengungkapkan kata-kata begini kerana…

1. Sudah mengetahui sikap anda yang sebenar.

Ada sebahagian daripada mereka apabila telah mengetahui sikap diri anda yang sebenar, mereka merasa ralat untuk terus berpacaran. Ini kerana mereka sudah mengetahui dimana sikap-sikap anda tidak seperti apa yang mereka jangkakan.

Sebagai contoh, si dia mahukan pasangan yang alim tetapi sebenarnya tidaklah baik yang disangkakan.

Atau, jika si dia telah mengetahui kisah silam anda seperti perkara yang mengaibkan (berzina), si dia menjadi betul atau tidak pilihan hatinya.

“Saya tak layak untuk awak…” Mungkin si dia tahu tidak layak untuk menjadi seorang imam untuk memimpin anda. Kita tidak boleh baca fikiran orang, kan?

2. Sudah memiliki cinta yang baru.

Situasi yang paling cliché apabila si dia telah mempunyai cinta baru, tetapi takut untuk jujur pada anda. Jadi, si dia hanya mampu mengungkapkan “Carilah yang terbaik…” Padahal si dia mencari pasangan lain yang lebih baik dari anda.



3. Merasakan diri anda tidak layak untuk dijadikan pasangan sehidup semati.

Ada juga sebahagian daripada mereka tidak dapat menerima kekurangan dan keburukan yang ada pada diri anda. Orang seperti ini kadang-kala merasakan diri mereka sudah cukup bagus untuk tidak berdampingan dengan insan yang terlalu banyak kekurangan.

“Alahh…dia tu panas baran lah, aku mana suka dengan orang yang panas baran ni. Nanti dah jadi isteri, habis aku kena pukul…”

4. Tidak bersungguh-sungguh mahukan diri anda.

Mereka ini memang hanya main-main sahaja dan tidak bersungguh-sungguh untuk mahukan hubungan yang serius. Misi mereka adalah mungkin bosan, ‘test market’, atau mengikut trend zaman sekarang dimana semua pasangan akan memuatnaik gambar ketika bahagia. Itu sahaja yang mereka mahukan. Ini yang dinamakan kepentingan diri sendiri sahaja. Tidak mempedulikan perasaan anda yang mahukan kasih sayang.

Kesimpulannya, jika ada seseorang yang mengungkapkan kata-kata begini, usahlah anda membazir masa atau air mata untuk insan seperti ini. Kerana sudah semestinya mereka ini tidak tahu untuk menghargai jasa anda pada hubungan. Dan yang paling penting, Allah mahu anda untuk sentiasa bersabar dalam menempuh ujian yang diberi.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,218 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen