Apabila Anda Bertemu Jodoh, Hanya Naluri Hati Anda Sahaja Yang Dapat Merasakan Perubahan Tersebut.

 

Sudah diketahui jodoh itu adalah rahsia Allah SWT. Selalunya ia datang pada masa, waktu atau tempat yang tidak dapat dijangka. Tiada siapa akan dapat menyangkakan bahawa seseorang itu adalah jodoh kita. Kerana hanya kita seorang sahaja yang dapat merasai kehadiran jodoh tersebut.

Hadirnya jodoh pada seseorang, anda pasti dapat merasakan…

Lainnya dia ni…

Si dia bukan seperti insan lain yang pernah anda jumpai sebelum ini..

Anda amat senang dengan kehadirannya dan tertanya-tanya “Berapa lama agaknya kita akan berkenalan?”



APABILA ANDA BERBUAL DENGAN SI DIA, TERASA SEPERTI ‘NGAM’ PULA…

Bukan hanya berkenaan dengan hati dan perasaan…

Dan si dia pula tiba-tiba menyoalkan sesuatu yang orang lain tidak pernah langsung tanya pada anda kerana dia memang benar-benar memerhatikan anda dalam diam sebenarnya…

Anda kagum dengan kebolehan si dia, seperti psikik…

APABILA ANDA MENDENGAR SI DIA BERKATA-KATA…

Ia seperti magnet, anda seolah-olah mahu terus mendengar si dia berbicara tanpa bosan….

Anda kagum dengan setiap perbuatannya….

Anda seperti terpesona dengan setiap perikemanusiannya…

Dan anda seperti tertanya-tanya, dari manakah si dia ini muncul?...

Cara si dia berbual tentang insan lain dengan penuh hormat, dan tiada herdikan. Anda juga mahu dihormat seperti begitu.



APABILA ANDA SUDAH MULA BERKAWAN DENGANNYA…

Anda mulai perasan, sikapnya tidak ubah seperti sahabat-sahabat baik anda. Menjengkelkan tetapi tidak pula membenci. Kadang-kadang sayang. Kadang-kadang rindu. Kadang-kadang perlukan ruang untuk berjauhan, namun tidak pula dilupakan.

Si dia juga tidak ubah seperti bapa anda. Seorang pelindung. “Hati-hati…” “Jaga diri…” Walaupun tiada ungkapan sayang dari bibirnya, namun hati anda tahu bahawa si dia amat menyayangi anda. Hati anda juga tergerak, dimana si dia benar-benar mahu anda selamat dimana jua anda berada, seperti bapa anda juga.

Kadang-kala membebel seperti seorang ibu. Semua yang anda lakukan ada sahaja tidak kena pada matanya. Kadang-kala juga anda rimas dengan bebelannya, tetapi nanti lama-kelamaan akan rindu juga kerana sudah lama tidak mendengar leteran tersebut.

Anda merasakan si dia ini umpama sahabat baik anda, seorang bapa malah seperti ibu anda juga.

Anda mula tertanya-tanya, adakah dia yang anda ternanti-nanti? Adakah dia yang akan menjadi jodoh anda? Jika dengan solat Istikharah anda belum ketemui jawapan, mungkin Allah telah menggerakkan hati anda untuk mengetahui jawapan tersebut. Jika semakin dekat seseorang itu pada anda, mungkin dia adalah jodoh anda yang tepat.



 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 632,042 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen