“Bila Parents Saya Boleh Jumpa Mak Ayah Awak, Saya Tak Sabar Nak Kahwin Dengan Awak..” Jadilah Wanita Bertuah Seperti Ini.

 

Setiap wanita pasti tertunggu-tunggu pada waktu atau masa yang bagaimanakah teman lelaki mereka mahu membincangkan tentang perkahwinan ini? Di dalam perbualan kosong, sudah tentu terlalu banyak perkara tentang perkahwinan sudah dibincangkan. Tetapi bila pula pertemuan rasmi antara ibu bapa si dia dengan ibu bapa anda pula?

Cakap sahaja pasti mudah, tetapi ramaikah lelaki yang tidak gentar lututnya untuk bertindak sebegini? Bagaimana caranya untuk membuatkan teman lelaki anda berkata-kata begitu? Jom ketahui caranya…

1. Merancang masa depan dengan sendiri.

Apabila wanita sudah mempunyai teman lelaki, majoriti daripada mereka pasti inginkan pasangan pula yang membuat sesuatu keputusan. Jika sebelum ini, anda single dan boleh merancang sesuatu dengan sendiri, kenapa pula sekarang anda tidak boleh berdikari?



Kekalkan dengan perancangan masa depan di tangan anda sendiri! Mempunyai pasangan bukan bermaksud anda perlu bergantung pada dirinya seratus peratus, tetapi mahukan sokongan dan nasihat pula. Jika anda berdikari, ini membuatkan teman lelaki anda tidak sabar untuk DIRINYA WUJUD dalam perancangan anda kelak.

2. Menjadi seorang yang matang membuat keputusan.

Lelaki mahukan teman wanitanya manja dan dalam pada masa yang sama seorang yang matang. Apakah yang dimaksudkan dengan matang tersebut? Matang dan tegas dalam membuat keputusan terutamanya dari segi kewangan. Anda bijak berjimat, tidak boros pada perkara yang bukan-bukan dan ada simpanan untuk masa hadapan.

Dikala ada sales di Mall “Alamak….banyak pula sales barang mekap ni. Handbag pun…tapi bulan ni kena service kereta…” Jadi, daripada sini sahaja teman lelaki anda akan tahu anda seorang yang matang ataupun tidak.

3. Tegas dengan tarikh perkahwinan.

Anda dengan teman lelaki sudah lama menjalinkan hubungan. Bertahun-tahun juga menunggu si dia untuk melamar anda. Tetapi tiada pula sebutir ayat menandakan si dia mahu meminang anda. Jadi, apabila anda adalah seorang yang matang dalam membuat keputusan, anda juga perlu tegas dalam menentukan tarikh perkahwinan atau DEADLINE!

Beritahu pada teman lelaki anda bahawa ibu bapa anda sudah menetapkan tarikh untuk berkahwin. Kerana ia adalah perkara yang serius! Ibu bapa mana sahaja yang tidak senang duduk apabila anak dara mereka di bawa kulu kilir oleh lelaki yang bukan mahram, kan? “Tahun depan, kalau awak tak masuk meminang, mak saya nak kahwinkan saya dengan orang lain…awak tak sedih ke?”



4. Set kan RULES!

Untuk mengetahui jika teman lelaki anda serius mahu berkahwin dengan anda atau pun tidak, set-kan rules di antara anda berdua. Masing-masing perlu serius dengan komitmen kelak, seperti ada simpanan ataupun tidak, perbelanjaan harian, peluang pekerjaan yang lebih menjaminkan masa depan, ada buat part-time atau pun tidak supaya ada duit lebih untuk menyimpan.

Situasi sebegini dapat menunjukkan teman lelaki anda ada perancangan untuk berkahwin dengan anda.

5. Berbincang dari hati ke hati.

Dan yang paling penting sekali dalam hubungan kalian berdua adalah komunikasi dua hala. Adakah benar si dia yang anda mahu berkahwin, dan adakah anda adalah orangnya untuk si dia kahwini? Confirm-kan dengan si dia tentang perkahwinan ini, kerana ia bukanlah perkara yang main-main.

Jika anda boleh melakukan antara 5 perkara di atas, pasti suatu hari nanti teman lelaki anda akan merasa tidak sabar untuk berkahwin dengan anda. Jadilah wanita bertuah untuk menunggu teman lelaki berkata-kata sebegini. Yang lambat itu pasti ia yang terbaik Allah SWT berikan.



 

 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,896 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen