Bagaimana Mengelakkan Diri Daripada Terlibat Dalam Hubungan Yang Sia-Sia?

 

Siapa sahaja tidak bahagia apabila anda dan dia sudah memulakan langkah berkenalan dan bercinta. Namun itu semua belum menjamin bahawa hubungan yang terbina itu akan berakhir dengan indah atau hanya sia-sia sahaja. Mana tidaknya, apabila lelaki dan wanita ini mula mendekatkan diri itu bermakna bahawa ia sudah lebih dari sekadar seorang rakan atau mungkin mempunyai niat tersembunyi. Namun begitu, bagaimana untuk anda mengelakkan diri daripada terilbat dengan hubungan yang sia-sia?



1. Perhatikan kelakuan dan sikapnya bukan kata-katanya.

Jika anda tidak mahu terluka serta terjerat dengan cinta palsu. Anda seharusnya lebih peka melihat gelajat serta kelakuan dirinya bukannya hanya percaya kata-katanya. Bahkan, kelakuan serta gelagat itu lebih menunjukkan siapa dirinya yang sebenar berbanding dengan ucapannya. Jadi jangan pernah percaya dengan perkara-perkara yang keluar dari mulut terutama kata-kata yang manis.

2. Perhatikan keyakinan dirinya.

Anda seharusnya berhati-hati dengan seseorang yang tidak mempunyai keyakinan diri. Hal ini kerana, apabila dia tidak mempunyai keyakinan diri ia akan lebih mudah untuk menggantungkan hubungan serta perasaan anda. Hal ini kerana, mereka rasa tidak yakin dengan cinta serta diri mereka sendiri. Jadi bagaimana nak bahagia?


3. Berhati-hati dengan lelaki yang mudah katakan cinta.

Mudah melafazkan kata cinta kepada anda? jangan mudah percaya. Terutama jika kalian baru sahaja menjalinkan hubungan tersebut. Hal ini kerana, cinta tidak akan mudah untuk terhasil dengan cepat. Lelaki yang suka memainkan wanita pasti berpura-pura menyatakan cinta untuk membuat wanita itu yakin dengan dirinya.

4. Jangan percaya janji-janji yang berlebihan.

Mungkin dia berjanji serta bersumpah akan berjuang untuk hubungan kalian serta akan menjaga hubungan kalian. Jangan percaya dengan mudah. Janji manis yang serius dan berlebihan adalah lebih mencurigakan. Seorang lelaki yang benar-benar serius tidak akan mengatakan banyak hal, malah dia hanya akan menunjukkan dengan sikap.

Kesimpulannya, anda seharusnya bijak berfikir serta memerhatikan pasangan anda. Jangan mudah percaya dengan segala pujuk rayu dirinya. Anda perlu mahir dalam perkara ini untuk mengelakkan diri dari terpernagkap cinta palsu yang sia-sia.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,161 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen