Sudah Lumrah Wanita Tidak Suka Melihat Pasangannya Bermesra Dengan Perempuan Lain.

 

“Perkahwinan ini bukan ladang berduri untuk kita berasa risau sepanjang masa, sepatutnya ia sebuah padang yang selamat untuk kita berlari bersama…” –HMI-

Wanita mana yang suka melihat pasangan mereka bermesra dengan perempuan lain? Tidak kira pada zaman bersahabat sehingga lah ke jinjang pelamin, semua kaum wanita pasti pantas sahaja dapat merasa pasangan mereka sedang melirik mata pada mana-mana perempuan.



NALURI HATI WANITA INI HEBAT

Dimana sahaja teman lelaki atau suaminya berada, pasti ada sahaja perkara yang tidak kena pada hatinya dapat dirasai. Terutamanya seorang isteri yang sedang hamil. Oleh kerana itu, wanita ini dilahirkan dengan 9 nafsu dan 1 akal, iaitu bersamaan dengan 9 emosi dan 1 fikiran rasional.

Jadi, tidak hairan jika wanita sememangnya lebih emosi daripada lelaki.

Pasangannya senyum pada perempuan lain sekejap mulalah tertanya-tanya…

Pasangan mula berbual dengan perempuan lain dah mula rasa cemburu…

Pasangan mula mengambil berat pada perempuan lain, jaga-jaga…

Kadang-kala kaum wanita itu sendiri keliru, kenapa lelaki yang sudah memiliki pasangan yakni seorang isteri, masih lagi mahu beramah dengan wanita lain? Seperti seorang cashier atau pun pelayan restoran.



“Hai, senyumlah sikit…”

Hanya dengan teguran yang kecil ini, semua wanita pasti akan mengandai yang bukan-bukan tentang pasangannya. Mula bertanya soalan yang bertubi-tubi.

LEBIH PAHIT APABILA..

Memiliki pasangan yang berduit dan berpangkat. Kelihatan memang hidup yang senang. Mahu apa sahaja pasti dapat dimiliki. Tetapi, jauh dari sudut hati wanita yang memiliki pasangan ini, pasti akan mula berasa cemburu kerana ada sahaja wanita yangh cuba mengorat pasangan mereka.

Ada juga, pasangan yang memiliki kekurangan harta tetapi rajin pula mencari rezeki. Wajah pun ada iras-iras pelakon melayu. Ramai juga anak gadis tergila-gila pada lelaki ini. Katanya, tak apa tiada kereta, boleh hidup susah bersama asalkan muka kacak. Eh?

Jangan lupa pada lelaki yang semula jadi peramah. Mulutnya memang ringan bertanya khabar pada sesiapa sahaja. Bukannya sweet talker, tetapi penyayang. “Dah makan belum?” “Pesan kat mak tu, jaga kesihatan, nanti macam mana nak jaga Ali..” hanya dengan teguran sebegini juga sudah membuatkan si isteri tertanya-tanya. Apa yang membuatkan suaminya begitu mengambil berat, padahal jiran sahaja.



PENTINGNYA KEPERCAYAAN ANTARA SATU SAMA LAIN

Kepercayaan antara satu sama lain terutamanya pada pasangan suami isteri adalah untuk mengikat hati suapay dapat menyuburkan dan mengukuhkan ikatan kasih sayang. Apabila kepercayaan tersebut menjadi akar tunjang yang kuat, tidak kira sama ada angin taufan hebat mana sekalipun, dengan izin Allah pasti pokok perkahwinan tersebut menjadi teguh.

Pada wanita yang beru sahaja berkenalan dengan lelaki, baru sahaja mahu merasai kebahagiaan memiliki teman lelaki dan bakal berumah tangga, perasaan insecure adalah normal. Ketika inilah anda mudah berasa tergugar dan cemburu, TETAPI ANDA PERLU KUAT DAN TERUSKAN BERUSAHA MENAWAN HATI PASANGAN.

Dan apabila terbabas tidak dapat mengawal emosi pasti akan berlaku pertengkaran. Mudah berasa marah dan biarkan sahaja perasaan cemburu mengawal diri sehingga sanggup melempiaskan kata-kata yang menghiris hati pasangan.

Hati-hati!



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,286 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen