Disebalik Kata-Kata Manis Dari Bibir Lelaki Ini, Tersimpan Sikap Panas Baran Yang Tersembunyi.

 

Majoriti wanita pasti akan bersetuju dengan kenyataan di mana lelaki memang mudah menabur kata-kata manis malah janji-janji palsu. Pada awal perkenalan, pijak semut pun tak mati. Tetapi setelah berkahwin berbulan-bulan, lain pula yang jadinya. Mengapa terjadinya perkara sebegini?

Dimanakah lelaki yang pada awalnya sangat romantik itu? Tetapi setelah berkahwin berubah menjadi lembaga yang digeruni oleh setiap wanita. Kini, ramai sahaja wanita yang takut untuk berkahwin kerana khuatir dengan lelaki yang sebegini. Tiba-tiba sahaja suka marah-marah dan panas baran.

Sudah menjadi kebiasaan, seorang manusia yang normal memang memiliki perasaan amarah di dalam diri. Tetapi jika sikapnya itu sehingga membahayakan seorang insan, ia adalah masalah yang besar. Dan seorang isteri sebenarnya kurang memahami situasi begini dengan merelakan diri dipukul kerana menerima keburukan suami seadanya.



SUAMI PERLU TAHU ISTERI TIDAK SEPATUTNYA DIPUKUL

Seorang lelaki yang tidak mempersiapkan diri dengan ilmu keagamaan dan kekeluargaan pasti akan merasakan kuasanya mutlak di dalam tangannya sahaja. Tanpa kesedaran dalam diri pasti mahu mengawal isteri mengikut amarahnya sahaja.

APA YANG DITAKUTI OLEH WANITA ZAMAN SEKARANG ADALAH…

Lelaki panas baran ini bijak menyembunyikan sikapnya yang panas baran dengan muka yang bersahaja. Oleh sebab itu ramai wanita yang mudah tertipu dengan 9 akal yang dimiliki oleh lelaki sebegini. Lelaki ini juga hanya menunjukkan barannya untuk bakal isterinya kelak, tetapi tidak pada orang lain. Ini lah yang bakal digeruni oleh setiap wanita.

KEPADA WANITA YANG TELAH BERKAHWIN

Jangan biarkan ianya berterusan. Kesilapan terbesar seorang isteri apabila berhadapan dengan suami yang memukul ialah terlalu sabar. Ini dinamakan sabar yang tidak bertempat. Isteri perlu cepat cuba untuk mengatasi masalah ini dan bukan hanya menanggung kesakitan dan kesedihan ini selama - lamanya.



Oleh kerana itu pentingnya pada wanita yang belum berkahwin untuk…

1. Sentiasa mengenali pasangan dengan berbincang dan berkomunikasi tentang latar belakang diri.

2. Jika pasangan adalah seorang yang jenis mudah tertekan dan marah-marah, anda seharusnya didik diri menjadi tenang bukannya merumitkan keadaan.

3. Sentiasa ringankan mulut “Ada apa-apa yang saya boleh tolong?”, “Kalau ada masalah jangan pendam, saya kan bakal isteri awak..”

4. Sentiasa ingatkan pada pasangan, yang anda mahukan seorang suami bahkan seorang bapa yang tidak panas baran pada anak-anak. Perkara ini akan membuatkan mereka cuba untuk memperbaiki diri dengan secara perlahan-lahan.

5. Jangan melindungi perbuatan pasangan yang menjurus ke arah mencederakan diri anda. Jika sekali mereka melakukan perbuatan seperti memukul atau menampar, beritahu ahli keluarganya yang terdekat dengan cepat. Mengapa mereka melakukan sebegitu? Daripada situ, anda bakal mengetahui perkara yang anda tidak pernah tahu.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,396 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen