Bila Seorang Lelaki Itu Akan Merasakan Waktu Yang Tepat Untuk Meminang Pasangannya?

 

Ramai yang menyatakan bahawa lelaki ini sukar untuk membuat keputusan yang serius. Terutama jika ia melibatkan bila dirinya untuk bernikah serta mendirikan rumahtangga. Namun begitu, apabila seorang lelaki ini mula serius untuk bernikah ia akan memastikan bahawa pasangannya itu sangat memenuhi segala kiteria yang telah dirinya tetapkan. Mari cari tahu bila waktu tersebut.



1. Ketika dia menemui pasangan yang setia ketika susah dan senang.

Orang lelaki sangat mementingkan perkara seperti ini, sebab itu dia mudah jatuh cinta dengan seseorang yang sanggup susah senang bersamanya. Bahkan jika dia menemui wanita seperti itu, pasti dirinya akan segera untuk mendirikan rumah tangga bersama wanita tersebut. Jadi jika anda inginkan teman lelaki anda segera meminang anda, pasti anda sanggup bersusah senang bersamanya terlebih dahulu.

2. Apabila kekasihnya itu mula mengubah pandangan terhadap perkahwinan.

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan seseorang lelaki itu tidak mahu berkahwin. Hal ini kerana, mereka merasakan kurang bersedia terhadap perkahwinan serta banyak mendengar pengalaman buruk mengenai masalah rumahtangga. Jadi jika pasangan anda mempunyai masalah ini, cuba mengubah pandangan pasangan anda terhadap perkara ini.

3. Apabila dia menemui pasangan yang sesuai dengan dirinya.

Boleh jadi juga, keinginan untuk berumah tangga itu akan tiba dengan sendirinya. Iaitu dengan melalui sikap anda. Bahkan apabila dirinya merasakan bahawa dia telah menjumpai seseorang yamg sesuai dengannya. Di mana anda memahami serta menyenangkan dirinya. Itu lah salah satu yang menjadi pilihan lelaki masa kini.


4. Apabila anda dan dia sentiasa membiancangkan mengenai hal kanak-kanak.

Siapa sahaja yang tidak tercuit melihat kecomelan dan telatah kanak-kanak. Pasti pasangan anda juga begitu. Ia pasti membuatkan dirinya teringin mempunyai anak tersendiri. Jadi pasti dia akan segera memikirkan bahawa anda adalah calon yang sesuai kepada anak-anaknya nanti. Hal ini kerana, banyak perkara yang kalian bincangkan mengenai kanak-kanak.

5. Apabila dia merasakan dia sudah cukup tua.

Ketika tiba waktu lelaki untuk matang, ia akan mula rasa tua dan inginkan seseorang untuk menemaninya. Jadi ia juga akan menjadi salah satu sebab mengapa dirinya ingin berkahwin. Sebab itu lah anda seharusnya menjalinkan hubungan dengan pasangan yang lebih tua sekiranya ingin segera berkahwin.

Sebagai seorang wanita, jika anda terasa ingin berkahwin segera dengan pasangan anda, cuba anda lihat jika anda mempunyai tanda-tanda sepertti di atas. Jika ada, pasti tidak lama lagi si dia akan meminang anda. Jangan risau.


 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,443 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen