Tanda-Tanda Pasangan Anda Sembuyikan Sesuatu Daripada Anda.

 

Baik lelaki mahupun wanita pasti tidak suka jika pasangan sembuyikan sesuatu daripada pengetahuan bukan. Hal ini kerana, jika terdapat perkara yang dirahsiakan pasti ia akan membuat hubungan sedikit renggang dan mula kurang berkomunikasi. Sebab itu lah kalau hendak menyimpan rahsia itu perlu sedikit berhati-hati.



Tapi sebagai pasangan bagaimana hendak tahu bahawa kekasih anda itu menyembunyikan sesuatu daripada anda.

1. Perkara yang anda boleh lihat ialah, dengan cara dirinya menjawab panggilan telefon serta membalas mesej dari seseorang. Apabila dirinya menerima satu mesej, dia tidak mahu anda melihat apa yang ada di dalamnya, maka dia akan membalas dengan cara berjauhkan dengan anda.

2. Bukan itu sahaja, apabila anda ingin taju di mana dirinya, dia akan menyatakan dia bersama rakan-rakannya. Banyak masa yang dihabiskan dengan rakan-rakan berbanding bersama anda. jadi pasti ada perkara yang disembunyikan.

3. Pasangan anda juga akan mula berbohong mengenai hal-hal yang kecil. Apabila anda menjalinkan hubungan dengan seseorang, pasti anda mempunyai satu naluri yang kuat sehingga akan anda boleh merasakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena.


4. Dia juga akan mudah berasa panik apabila anda cuba untuk memegang telefon bimbitnya. Pada ketika itu anda harus tahu bahawa dirinya itu sedang menyembuyikan sesuatu dari anda.

5. Telefon bimbitnya juga turut dibawa kea mana sahaja, walhal dahulu, dirinya tidak sebegitu. Itu yang akan menambah keraguan terhadap dirinya.

Tidak salah untuk mempunyai satu rahsia untuk diri sendiri sahaja, namun begitu jika anda tidak mahu berkongsi tetapi menunjukkan sikap-sikap yang meragukan ia pasti mendatangkan rasa tidak seronok oleh pasangan anda.

Buat anda yang mempunayi satu perkara yang disembunyikan itu adalah lebih baik jika anda berlaku jujur sahaja. Melainkan jika anda diamanahkan untuk menjaga rahsia itu dengan baik.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 614,277 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen