“Orang Lain Mudah Je Bahagia, Tapi Kenapa Diri Sendiri Berkali-Kali Terluka…” Jom Hayati Nasihat Lelaki Ini.

 

Ada orang yang banyak kali bercinta tetapi tak sampai ke jinjang pelamin. Bercinta, putus, kecewa. Berulang kali terjadi kitaran yang sama sehingga akhirnya diri sendiri kecewa.

Kau ada kawan yang pernah mengalami pengalaman macam ni? Atau pengalaman kau sendiri?



Mesti kau tertanya-tanya kan. Kenapa nasib kau macam tu? Kenapa orang lain bahagia je? Kenapa orang lain senang je, kenal lepastu kahwin. Kau ni, dah enam kali bercinta, tak jadi-jadi juga.

Bila dah jumpa yang berkenan, manis dan sedap mata memandang, dia anggap kau kawan je. Jumpa yang terbaik, dia kata “awak terlalu baik untuk saya” pulak. Adehhh.

Tapi kau kena tenang je. Tenang je. Kalau ada jodoh tak ke mana. Rabak memang la rabak kalau kena "friendzone" ni.

Rileks. Tarik nafas dan bertenang. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Fikir dari sudut yang positif. Mungkin dia bukan jodoh kau. Bukan yang terbaik untuk kau. Kalau betul dia jodoh kau, macam mana pun mesti jadi juga.

Allah nak kau betul-betul bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami / isteri. Kau rasa kau dah bersedia, tapi tidak sebenarnya. Anggaplah manusia-manusia yang pernah kau kenal tu untuk menjadikan kau lebih matang menjalani kehidupan.

Yang hadir dalam hidup kau tu mungkin nak bagi pengalaman hidup ataupun kau mengajar dia supaya menjadi lebih baik.



Allah bagi peluang kau untuk berbakti kepada mak ayah kau dulu. Gembirakan hati keluarga kau. Sampai masa jodoh kau pasti akan tiba.

Allah tu Maha Adil. Allah bagi seseorang yang kau perlu bukan yang kau mahu. Kau sabar je. Sabar je. Dalam masa kau tengah sabar tu kau perbaiki la perangai kau. Ini tazabar nak jadi bini orang, mak orang, suruh potong bawang pun buat muka. Jalan hentak kaki je kalau kena angkat kain di ampaian.

Yang lelaki pulak cuba la jadi bijak. Kau ngaji tak tinggi takpe janji bijak. Bukan bijak ilmu je, bijak hormat orang tua, bijak menguruskan masa, bijak urus kewangan dan jugak bijak beragama. Pandai cari duit dan simpan duit pun penting juga.

Tak la sampai kau kena jadi ustaz tapi kau boleh didik keluarga kau kira okay la. Ini isteri tak bertudung pun takut nak tegur.

Dalam rumah tangga, bukan semuanya seronok je. Banyak tanggungjawab yang kau kena buat. Tapi, kalau kau memang jenis yang bertanggungjawab, kau akan seronok melalui kehidupan berumah tangga. 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 413,633 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen