“Dah Jadi Suami Nanti, Ingat 10 Soalan Ini Untuk Bahagiakan Isteri…” Kongsi Lelaki Ini.

 

Soalan ini untuk suami, tapi isteri pun boleh jawabkan...

  1. Bila last ucapkan "I Love You" kat isteri?
  2. Bila last cakap kamu rindu padanya?
  3. Bila last tanya syampu apa yang dia betul suka?
  4. Bila last belikan cleanser untuk isteri?
  5. Bila last beli makeup buat si dia?
  6. Bila last temankan isteri pergi potong rambut?
  7. Bila last layankan selera makan isteri?
  8. Bila last belikan pakaian untuk isteri?
  9. Bila last bawa isteri balik kampung dia?
  10. Bila last belikan bunga / hadiah untuk isteri?

Ini checklist untuk suami jika ada yang terlupa. Ada yang keperluan asas. Ada yang keperluan rohani. Nampak macam banyak dan mahal tapi sebenarnya simple je.

Sebagai contoh :-

Nombor 1, 2 ucapan I love you dan rindu tu free tanpa kos. Tak perlu keluarkan duit untuk whatsapp atau hanya perlu cakap sahaja. Kesannya akan berpanjangan jika nampak keikhlasan tu.

Nombor 3 dan nombor 4 dalam RM10 setiap satu dalam sebulan atau dua bulan sekali. Ini kalau boleh tolonglah jaga dan ambil tahu. Terutamanya untuk isteri suri rumah sepenuh masa. Syampu yang sesuai dengan rambutnya amat penting kalau nak elak dari rambut gugur di serata rumah. Cleanser ni pun sama, sangat penting untuk isteri jaga kebersihan dan kecantikan muka walaupun selalu di rumah sahaja. Kalau ada rezeki lebih, belikan toner, scrub dan moisturizer. Ini salah satu rahsia buat isteri sayang kat suami.

Nombor 5, makeup dalam RM50 untuk 3 atau 4 bulan sekali. Ini keperluan rohani. Isteri nak nampak cantik untuk suami dan dalam masa yang sama beri keyakinan pada diri mereka. Lelaki jarang rasa benda ni penting sebab kita tak pakai. Tapi bagi mereka ianya amat diperlukan.



Nombor 6 dalam RM100 potong rambut siap treatment dengan facial untuk 6 bulan atau setahun sekali. Treatment rambut jangan dipandang sepi. Rambut isteri ni lagi banyak dari suami. Penjagaan

Nombor 7 ni ikut kemampuan dan si suami pun dapat kenyang jugak. Isteri yang kenyang = Isteri yang happy. Hehe..

Nombor 8 ialah keperluan asas dan kalau lebih sikit akan masuk kategori kehendak. Mana - mana pun tetap akan menggembirakan isteri.

Nombor 9 ni setahun atau dua tahun sekali je. Kos akan bergantung kepada jarak. Ini isteri, suami dan anak akan sama - sama dapat manfaat.

Nombor 10 ni murah je. Kalau bunga sekuntum tu tak sampai RM10 pun siap ade hiasan sikit. Hadiah tu bergantung kepada situasi. Kalau nak pujuk yang merajuk teruk kene la mahal sikit. Tapi kadang - kadang tu dengan ayat dan pelukan pun dah cukup cair. Hahaha...

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,418 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen