Jom Ketahui Maksud Perkahwinan Menurut Islam.

 

Perkahwinan merupakan ikatan antara lelaki dan wanita melalui akad nikah dan ijab kabul. Perkahwinan merupakan satu peristiwa bersejarah yang tidak wajar dilupakan
oleh seseorang yang beriman.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Maka kahwinlah kamu mana-mana yang baik bagi kamu daripada wanita dua, tiga atau empat. Maka sekiranya kamu khuatir bahawa kamu tidak dapat berlaku adil maka cukuplah seorang sahaja”. (Surah al-Nisaa’: 3)

Sementara Rasulullah SAW telah bersabda:

“Adalah Nabi SAW memerintah kami berkahwin dan menegah kami daripada membujang dengan tegahan yang keras. Dan sabda Baginda: Kahwinlah kamu dan beranak pinaklah kamu kerana sesungguhnya aku berbangga kerana banyak bilangan kamu pada hari kiamat kelak.” (HR. Imam Ahmad)

Islam juga memberi panduan yang jelas bagi seseorang lelaki memilih jodoh. Namun begitu, Islam lebih mengutamakan perempuan beriman kerana hanya keimanan saja dapat menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Sabda Rasulullah SAW:

“Janganlah wanita itu dikahwini kerana kecantikannya mungkin kecantikannya menyebabkan dia berperangai buruk. Dan jangan pula kerana kekayaannya kerana mungkin kekayaannya menyebabkan dia menjadi sombong dan tetapi kahwinlah wanita itu kerana agamanya. Dia seorang hamba yang hitam kulitnya tapi bersih agamanya adalah terlebih utama.” (HR. Baihaqi)

Adakah anda faham apakah yang dimaksudkan dengan nikah? Nikah dari segi bahasa ialah ikatan atau simpulan. Manakala, menurut istilah syarak, ia bermaksud suatu ikatan atau akad yang menghalalkan pergaulan dan membatas hak dan kewajipan serta tolong-menolong antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang bukan mahram.



Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Nikah itu adalah sunnahku, maka sesiapa yang benci sunnahku maka sesungguhnya ia bukan dari golonganku.”(HR. Ibnu Majah)

Terdapat empat hukum nikah yang perlu diketahui oleh pasangan pengantin. Berikut adalah hukum-hukum nikah tersebut.

  1. Wajib: Orang yang cukup belanja dan tidak dapat menahan nafsunya.
  2. Sunat: Orang yang cukup belanja dan ingin berkahwin.
  3. Makruh: Orang yang cukup belanjanya tetapi tiada keinginan untuk berkahwin.
  4. Harus: Mereka yang tidak mempunyai sebab yang mendesak untuknya berkahwin, dan tidak pula mengharamkan dia untuk berkahwin.

Dan anda juga perlu lah mengetahui bahawa perkahwinan itu HARAM untuk mereka yang tidak mampu dari segi nafkah zahir dan batin, atau perkahwinan untuk bertujuan memudaratkan pasangannya sahaja.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 374,395 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen