Antara Sebab Mengapa Doa Anda Untuk Bertemu Jodoh Tidak Dimakbulkan.

 

Anda sering sahaja resah dan merungut kerana sukar untuk bertemu jodoh. Pelbagai kaedah telah dilakukan termasuklah berdoa, tetapi masih juga doa tidak dimakbulkan. Mengapa ya? Jom kita ketahui seperti berikut…

1. Doa yang memaksa.

Anda berdoa pada Allah tetapi seakan-akan memerintah agar doa dikabulkan dengan segera.

Rasulullah SAW bersabda:

“Akan dikabulkan doa setiap di antara kalian, selama dia tidak tergesa-gesa. Dia berkata, “Aku telah berdoa kepada Allah namun belum di kabulkan.” (HR. Bukhari dan Muslim)

2. Doa dengan bermain-main.

Anda seperti tidak bersungguh-sungguh dalam berdoa. Mulut anda yang terkumat-kamit tetapi hati pada perkara lain. Anda tidak bersungguh-sungguh menghayati doa tersebut.

"Barangsiapa mahu supaya doanya dikabulkan ketika dalam keadaan kesempitan atau kesusahan hendaklah dia banyak berdoa ketika dalam kesenangan". (HR Tirmizi)

3. Doa tanpa berusaha.

Seperti yang anda tahu, doa tanpa usaha adalah perkara yang sia-sia. Usaha apa yang anda telah lakukan? Tanyakan kembali soalan ini pada diri sendiri. Anda mungkin seorang yang pendiam dan malu untuk berkenalan dengan seseorang, lalu anda hanya bersandar pada doa yang dipohon pada-Nya.

Selain daripada itu, ada juga antara beberapa sebab doa anda tidak dimakbulkan. Mungkin kerana hati yang telah buta disebabkan oleh…

  • Berdoa dan mengakui mengenali Allah, tetapi ingkar akan segala perintah-Nya.
  • Mengasihi Rasulullah, tetapi tidak mengikuti sunahnya.
  • Sering membaca Al-Quran, tetapi tidak menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup.
  • Langsung tidak bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Allah SWT.
  • Memusuhi syaitan, tetapi langsung tidak menentangnya.
  • Mengakui kewujudan syurga di alam akhirat, tetapi tidak beramal untuk ke syurga.
  • Mengakui kewujudan neraka di alam akhirat, tetapi tidak cuba menjauhkan diri daripada masuk ke dalamnya.
  • Mengakui mati itu pasti, tetapi masih lalai melakukan kemaksiatan dan kejahatan.
  • Sibuk dengan keaiban orang lain, tetapi sering lupa dengan aib sendiri.
  • Mengebumikan mayat saudara Islam, tetapi tidak mengambil iktibar daripada kematian mereka.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,011 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen