“Menyesal Saya Kahwin Dengan Awak..” Jom Ikuti Kisah Ini.

 

Seorang adik bertanya padaku:

“Akak, tengok drama nur tu, Aisyah cakap dia dah salah pilih suami. Kenapa salah pilih pulak? Kan jodoh tu dah ditetapkan"

So, this is my answer to her:

Jodoh ni dik mmg dah ditakdirkan…mmg dah tertulis. Tapi bagaimana jodoh kita tu adalah atas pilihan kita sendiri. Sama juga mcm mati. Kematian kita sudah ditetapkn tp bgaimana cara mati kita adalah ditentukan oleh amal kita sendiri. Drpd usaha kita.

Dalam pemilihan jodoh, Allah telah letakkan garis panduan untuk bantu kita buat pilihan. Bila kita dah tekad nk memilih pilihan hati kita tu berdasarkn segala alasan dari kita sendiri yg menyatakn knp kita mesti pilih dia brbnding org lain, kmudian Allah izinkn terjadi maka kita pun nikah dgn org tu. Jadi, bila timbul masalah slpas bernikah, bukan sbb Allah takdirkn kita dgn psgn yg salah, tp sbb itulah pilihan kita.

“Dan diantara tanda2 kekuasaanNya ialah Dia mnciptakan untukmu isteri2 dri jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram bersamanya, dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih syg. Sesungguhnya pada yg demikian trdpt tanda2 kekuasaanNya bgi kamu yg berfkir” 30:21

Allah tetapkn jodoh kita sbb Allah tahu fitrah kita perlukn psgn untuk hidup. Tapi dlm memilih jodoh kita, Allah bg kita akal untuk memilih siapa yg kita nk jdikan jodoh tu..Takdir ni pun ada dua. Takdir mua’llaq dan takdir mubram.



Takdir mua’llaq, takdir yg kita dpt sbb usaha..kita usaha nk dptkn sesuatu dgn sungguh2, akhirnya Allah bagi.

Takdir mubram, takdir yg kita tak boleh ubah. Contoh dilahirkn sbg melayu/lelaki/perempuan.

Kedua dua takdir tu tiada lain sebagai tanda kekuasaan Allah.

Dlm bab jodoh ni sbnrnya, kalau ikutkn dalil, tiada pun yg kata jodoh ni mmg dah ditetapkan.

Cuma Allah kata, pasangan kita mmg ada sbb dah memang fitrah kita. Tapi bagaimana kita nk psgn kita tu nnt trpulang pada usaha kita..lebih kpd takdir mu’allaq

Mcm kes kak ecah tu, dia yg nak sgt bersuamikan lelaki mcm ust hamadi tu sdgkn dia dah tau perangai lelaki tu mcm mna. Dan akibat dibutakan dgn cinta dan nafsu, dia sanggup ikut suami dia walaupun bertentangan dgn syarak..Itu adalah sebab kejahilan dia sendiri. (Petikan dari drama Nur)

Hukum cuma meletakkn taat istri pada suami selagi tak bercanggah dgn syarak. Tp dia sendiri yg memilih untuk hancurkn hidup dia dgn ikut suami walaupun salah, atas alasan taat dan tak mau jadi isteri derhaka. DIA YANG ZALIMI DIRI SENDIRI. BUKAN ALLAH TAKDIRKN DIA DENGAN JODOH YANG SALAH.



Itu konsep jodoh. Sebab tu nk jodoh yg baik, jadi la pmpuan yg baik dulu dan nilai seseorg brdasarkn iman bukn asal cinta je.

Ingt tak akak pernah cakap dulu, bukan soal dengan siapa kita kawin tapi bagaimana kita nk berhadapan dengan yg kita kahwini tu. Mcm mana kita nk bina syurga dlm rumahtangga dengan pasangan kita. Sbb bila Allah izinkn ssuatu itu terjadi, pastinya ada kbaikan utk kita..kita yg kna nmpk hikmahnya. Tp mcm mna nk nmpk hikmahnya klau kita jahil dan asyik ikut kata nafsu dari iman.

Kalaulah kak ecah tu ikhlas dan letakkan ketaatan kepada Allah yang paling atas, dia boleh cegah suaminya drp terus brbuat zalim. Dia boleh jdikan suaminya tu lelaki yg baik. Tp sbb dia syg mmbuta tuli tu yg bahana kt diri send.

Mmg btul seorg istri tu sng nk masuk syurga. Tapi, laluannya bukan mudah. Derita bahgia tu kita yang tentukan sendiri.. Cuba fokus mcm mna nk jdikan bahagia drp jdikan derita. Psgn hidup ni fitrah kita. Klau baik cara kita olah, bhgialah rumah tgga tu nanti.

So tak payah takut nak kawin. Kawin tu baik..klau tak baik, takkn rasulullah galakkn. Bila perkahwinan tu hancur, bukan salah kahwin tu tp salah org yg kahwin tu.

Mcm org slalu sinonimkn melayu ni pemalas. Tp bukan salah bgsa melayu, org tu la yg malas..ade je melayu yg rajin dan berjaya. So bljarla dri yg rajin dan brjaya tu buat apa nk fokus dgn yg tak baik tu pulak.

Semoga sama-sama kita tetap memperbaiki diri.

Wallahua’lam.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 373,600 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen