Jika Ingin Menjadi Pasangan Yang Saling Faham-Memahami, Elakkan Mengungkit.

 

Zaman sekarang sudah menjadi perkara biasa apabila seorang lelaki mengahwini dengan wanita yang lebih bekerjaya dan berpendapatan tinggi. Ketika di awal perkenalan, sudah tentu si lelaki menabur janji manis untuk berkahwin dengan wanita tersebut.

“Nanti lepas kita kahwin, abang janji abang bagi sayang rumah besar…”

“Nanti kita dah anak ramai, abang janji abang bagi sayang kereta besar…”

Atau ketika belum lagi mengikat tali pernikahan.



“Saya janji saya cuba cari kerja yang lagi baik…”

“Saya janji saya akan beli kereta yang lebih elok…”

Tetapi apabila si wanita tunggu dengan masa yang begitu lama. Tiada satu janji pun ditunaikan. Satu bayang pun tak nampak, mana usaha yang dijanjikan dahulu. Luluh hati wanita tersebut. Apa yang dia mahu buktikan pada keluarga bahawa dia sedang bahagia dengan pasangannya sekarang?

ITULAH KESALAHAN PASANGAN ZAMAN SEKARANG

Apabila terlalu mengutamakan harta dalam hubungan, pasti sukar untuk bahagia. Pasti hati sentiasa sahaja gelisah kerana hanya harta sahaja yang dapat menunjukkan bahawa mereka disulam kasih sayang. Padahal kasih sayang itu bukannya berupa wang ringgit, tetapi hati dan perasaan yang tidak henti-henti berdoa pada Ilahi untuk menetapkan hati masing-masing pada pasangan.

HADAPI BERSAMA

Oleh itu, jika ingin berkahwin persiapkan diri anda untuk menghadapi perkara yang tidak dijangka ini.



Didik diri untuk tidak mengungkit kerana ia menyebabkan hubungan yang tidak sihat….

Didik diri untuk tidak mengungkit supaya bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh Allah SWT….

Didik diri untuk tidak mengungkit supaya redha dengan ketentuan-Nya….

PERTIKAI

Mengungkit menunjukkan bahawa anda mempertikai usaha pasangan untuk berbuat sesuatu. Mengungkit usaha anda dalam mengukuhkan perkahwinan, pasangan pula tidak berbuat apa-apa. Sebaiknya anda ikhlas dalam usaha mengukuhkan hubungan suami isteri. Mempertikai usaha pasangan boleh mengecilkan hatinya lantas membuatkan hubungan anda menjadi keruh. Pasti ada sebab musabab yang menyebabkan pasangan tidak mampu melaksanakan janjinya.

BINCANG

Jika anda mahukan penjelasan, lebih baik berbincang. Berbincang akan mengarahkan bicara ke arah menjadi jalan penyelesaian. Mengungkit pula mengarahkan bicara ke arah mencari salah siapa. Justeru mana satu pilihan anda? Pilihlah dengan bijak. Berfikir sebelum bertindak. Jadilah lelaki yang bertanggungjawab dan jadilah wanita yang bijak.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,620 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen