Bagaimana Mahu Hubungan ‘Love Till Jannah’?

 

Sering sahaja kita mengungkapkan kata-kata ini pada pasangan mempelai “Semoga bahagia ‘till jannah”. Ini bermakna kita mendoakan kebahagiaan pasangan sehingga ke syurga dan selama-lamanya. Berbanding pada zaman dahulu kita hanya mengucapkan “Selamat berbahagia sehingga ke anak cucu…”.

“Sampai cucu je ke?” Jawabnya…

Jadi, bagaimana mahu menghidupkan hubungan ‘Love Till Jannah’ ini? Jom ketahuinya seperti berikut…

1. Saling puji memuji.

Setiap pasangan haruslah tahu untuk memuji. Memuji juga memerlukan skill dalam perhubungan. Tidak mungkin anda mahu memuji pasangan dengan nada suara yang mendatar dan tidak manja, bukan? Suami isteri perlu saling memuji pasangan setiap hari, supaya pasangan bersemangat untuk membuat sesuatu. Ringankan mulut untuk memuji seperti

“Cantiknya awak hari ni, pakai baju baru ke?”

“Wangi abang hari ini, pakai minyak wangi yang saya belikan tu ya?”

2. Saling ingat-mengingati.

Untuk mengeratkan hubungan supaya kekal harmoni, pasangan perlulah sentiasa ingat-mengingati bukannya saling uji-menguji. Pasangan adalah satu pasukan, bukannya untuk dikaji sebagai ujian. Apa yang anda lakukan sekiranya salah seorang dalam pasukan anda terlupa? Sudah tentu anda mahu mengingatkan mereka supaya kerja yang diberi dapat dilakukan dengan berkualiti. Begitu juga di dalam perkahwinan.

Contoh jika si suami terlupa untuk mengajak solat Jemaah, jangan lah si isteri terus merajuk atau mahu lakukan solat berseorangan. Ajak lah suami dan sentiasa ingatkan pada mereka.



3. Saling bekerjasama antara satu sama lain.

Pasukan perlulah bekerjasama, bukannya membuat kerja berseorangan atau secara individu. Jadi, apabila pasangan memiliki kekurangan, sama-sama memperbaiki kekurangan tersebut supaya menjadi lebih baik dan berkualiti.

4. Saling hormat-menghormati.

Setiap kekurangan, kelemahan dan keburukan pada pasangan perlulah diterima seadanya. Apabila anda ber-jodoh dengan si dia, perlengkapkan diri anda untuk menghormat segala kekurangannya bukan mengherdik malah memperkecilkan mereka. Hormat pekerjaan mereka, hormat dengan gaji mereka, hormat dengan pendapat mereka dan seumpama dengannya.

5. Saling mengucapkan ‘I Love You’ setiap hari.

Di samping itu di dalam perkahwinan, perlu lah mengucapkan kalimah cinta ini setiap hari. Ada sahaja orang mengatakan kata-kata cinta sahaja tidak cukup untuk membuktikan rasa cinta pada seseorang. Memang benar. Jadi, ucapkan lah kata cinta ini dan lakukan segala perkara yang menjurus cinta anda padanya. Jika suami atau isteri terlupa, ikuti langkah nombor 2 iitu saling ingat-mengingati.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 406,670 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen