“Saya Single Sebab Ramai Lelaki Bujang Takut Nak Dekat Dengan Saya…” Jom Tahu Puncanya.

 

Ramai sahaja gadis single malah wanita yang bujang sering merungut mengapa ramai lelaki bujang takut untuk mendekati mereka? Jika ada yang mendekati pun, hanya sementara sahaja dan tidak bersungguh-sungguh. Adakah zaman sekarang memang ramai lelaki yang mahu mempermainkan perasaan perempuan semata-mata?

Jom ketahui puncanya mengapa ramai lelaki bujang takut untuk mendekati wanita pada zaman sekarang?



1. Mungkin terlalu garang dan jarang bermanis muka.

Tidak dinafikan wanita zaman sekarang ramai sahaja yang tegas dan garang pada orang ramai. Alasannya untuk melindungi diri daripada disakiti dan dipijak oleh orang asing atau kenalan baru. Nada suara juga ketika lelaki mahu berkenalan terlalu mendatar dan tidak dapat menarik perhatian lelaki untuk berkenalan dengan lebih lanjut.

2. Mungkin terlalu mahu lelaki menurut kata-kata mereka.

Terlalu suka mengarah dan jarang mengucapkan terima kasih. Malah kadang-kala sukar untuk mengungkapkan kata maaf. Wanita zaman sekarang seperti lupa dengan adab ketimuran dimana sopan santun dikalangan perempuan perlu diutamakan. Jika lelaki tidak dapat menurut kata-kata mereka pasti mudah merajuk dan hanya mahu lelaki yang menyelesaikan masalah tersebut.

3. Mungkin terlalu cerewet, mahukan lelaki yang sempurna.

Zaman sekarang juga, terdapat golongan wanita yang mahukan lelaki yang stabil dari segi kewangan dan pekerjaan. Jika bukan paksaan dari si ibunya yang mahu bermantukan lelaki yang stabil, pasti ada sahaja perasaan dalam diri mereka mahukan kesenangan. Oleh kerana itu, ramai lelaki yang ‘surrender’ tidak mahu mendekati dengan wanita sebegini, kerana merasakan diri mereka tidak layak.



4. Mungkin setiap hari sentiasa memakai mekap.

Kini, barangan mekap bukan sahaja digayakan oleh wanita dewasa, malah ada sahaja gadis-gadis yang masih bersekolah tergila-gilakan barang mekap. Setiap hari sering menggayakan mekap sehingga tidak yakin untuk keluar dengan wajah yang tidak bermekap.

Kadang-kala kaum ini gemar pula menggayakan gincu yang terlampau merah, bedak yang terlalu putih tidak sepadan dengan kulit sendiri, kening yang terlampau lebat, malah blusher terlebih pula.

5. Mungkin memakai pakaian yang terlalu bergaya.

Padahal lelaki bujang yang ingin mendekati mereka hanyalah lelaki yang sederhana dan biasa-biasa sahaja. Sudah tentu lelaki jenis ini takut untuk mendekati wanita begini. Ukur baju pada badan sendiri.

6. Mungkin sikap yang tidak menyenangkan.

Dan yang penting ada sahaja sikap wanita zaman sekarang yang tidak berkenan pada mata lelaki. Mungkin terlalu kuat merajuk, kuat berleter, terlalu mengongkong, suka mendesak, dan tidak bersyukur walaupun memberi hadiah yang tidak mahal. Namun, ianya terpulang pada individu.

Mungkin juga, anda belum lagi bertemu dengan jejaka yang betul pada masa yang tepat.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,186 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen