Jangan Anggap Pasangan Seperti ‘Game’, Bila Dah Level Susah Terus ‘Quit’.

 

GAME OVER.

Pada mereka yang gemar bermain game, pasti sahaja tahu term-term ini dalam permainan seperti ‘NEXT’ ‘UP’ ‘DOWN’ dan seumpama dengannya. Tidak kira sama ada game di komputer atau telefon bimbit, pasti ada sahaja mereka yang kadang-kala ketagih untuk bermain game tersebut.

Namun sedemikian, mereka yang mempermainkan perasaan insan lain ini tidak sedar bahawa perbuatannya seperti bermain game. Apabila pasangan mula menunjukkan sikapnya yang sebenar sama ada kekurangan, kelemahan atau kelebihan, ada sahaja perasaan untuk meninggalkan mereka malah ada juga yang mengambil kesempatan.

Apabila sudah lama menjalinkan hubungan dengan pasangan, sudah tentu setiap peringkat tersebut mempunyai tahap-tahapnya yang tersendiri. Semakin lama mengenali pasangan, semakin banyak dugaan dan cabaran yang perlu ditempuhi. Ketika ini lah yang dinamakan ‘Hard Level’.



BAGAIMANA ANDA MENGHARUNGI ‘HARD LEVEL’ TERSEBUT?

QUIT: Terus meninggalkan mereka.

atau

PAUSE: Bertenang untuk mengambil masa berfikir.

Jika anda ‘Quit’ sudah tentu anda akan memulakan hubungan yang baru. Mencari cinta baru. Atau mangsa baru?

Tetapi jika anda ‘Pause’ sudah tentu anda akan dapat ‘Resume’ untuk kembali pada hubungan tersebut.

Atau anda pernah mendengar kata-kata ini Jika Kita Penat, Kita Berehat, Bukan Terus Berhenti.

Walaubagaimana pun, ini hanyalah istilah pada game sahaja supaya anda lebih terbuka dari segi minda supaya tidak mudah mempermainkan perasaan insan lain.

Tidak kira dalam konflik rumahtangga atau berpacaran, anda dengan pasangan hendaklah...

  • Sentiasa bersabar
  • Memahami
  • Sentiasa pemurah dengan kasih sayang.

Berusahalah untuk mengenali pasangan anda serta fahami mereka agar matlamat kehidupan dunia dan akhirat dapat dicapai bersama. Sentiasa bersangka baik dan jangan berfikir yang bukan-bukan. Paling penting, sentiasa tunjukkan yang anda menghargai apa yang si dia lakukan untuk anda.

Gembirakan si dia dengan kata-kata pujian, hadiah, luangkan masa bersama, dan saling tolong menolong dalam menyelesaikan konflik tersebut.

HUBUNGAN DIREDHAI ALLAH.

Di samping itu, di dalam perkahwinan agama meletakkan lelaki sebagai pemimpin rumahtangga. Jadi para wanita haruslah menghargai mereka. Hakikatnya wanita memang memerlukan lelaki untuk mengharungi hidup bersama kerana wanita itu sifatnya berhati lembut, jadi anda memerlukan lelaki yang berhati keras untuk melengkapi anda.

Bersyukurlah dan hargailah lelaki yang berada di samping anda terutama yang bergelar suami. Wanita sifatnya berhati lembut, lalu anda lebih mudah mengalah demi menyelesaikan masalah baik dalam perhubungan atau rumahtangga.

Namun, harus disedari yang mencari lelaki yang baik itu umpama mencari permata di tengah lautan, sangat sukar untuk ditemui. Jadi hargailah kepunyaan anda. Kalau anda sudah ada pasangan yang baik, rajin solat, penyabar dan menjaga mata, jagalah dia sebaiknya. Jangan hanya mengharapkan pasangan anda untuk memahami tapi anda tak pernah peduli pada perasaan si dia.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 413,595 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen