Rasa Insecure Wanita Muncul Apabila Teman Lelaki Lakukan 4 Perkara Ini.

 

Tindakan yang hanya biasa bagi seorang lelaki tetapi ia adalah satu tindakan syak wasangka bagi seorang wanita. Jadi sebagai seorang lelaki anda seharusnya berhati-hati dalam kelakuan anda ketika berhadapan dengan pasangan anda. Hal ini kerana, apabila seorang wanita mula mempunyai perasaan curiga ia akan lebih memikirkan perkara yang negatif berbanding yang positif. Berikut adalah lima kelakuan seorang lelaki yang membuat pasangannya rasa curiga.



1. Sikap kurang berkongsi.

Wanita suka berkongsi manakala lelaki tidak, jadi ia akan membuat seorang wanita ini tertanya-tanya apa mengenai pasangannya. Bahkan dengan sikap tidak suka berkongsi masalah atau kegembiraan ini ia akan membuatkan seorang wanita itu memikirkan bahawa pasangannya itu menyembuyikan satu perkara. Jadi untuk elakkan perkara seperti ini, cuba anda bersifat untuk lebih terbuka dan mudah berkongsi bersama pasangan.

2. Sikap sembunyikan telefon bimbit.

Bagi lelaki meletakkan telefon bimbit di poket seluar adalah satu kebiasaan. Bahkan dirinya hanya akan mengeluarkan jika anda panggilan atau pesanan. Tetapi bagi wanita itu satu perkara yang mencurigakan. Mana tidaknya, anda seolah-olah menyembuyikan sesuatu daripadanya. Jadi lebih baik anda letak di sisi anda apabila anda sedang bersamanya di dalam kereta atau di meja makan.

3. Mudah mesra dengan wanita.

Mungkin wanita tersebut rakan sepejabat anda, rakan sekolah anda ataupun rakan kolej anda tetapi itu tidak menandakan bahawa anda perlu menunjukkan sikap mesra anda di hadapannya. Cuba untuk kawal sedikit apabila anda bertemua dnegan mereka ini di hadapan pasangan anda. Mana tidaknya, melihat kemesraan anda itu akan membuatnya berfikir bahawa anda dan dirinya mempunyai hubungan yang lebih dari sekadar seorang rakan.


4. Membalas mesej dengan singkat.

Siapa sangka perkara remeh seperti ini juga akan membuat wanita berasa insecure. Mungkin bagi lelaki ia adalah satu hal yang remeh, tetapi tidak bagi wanita. Mereka harapankan satu tindak balas yang sama dengan jumlah perkataan yang banyak atau lebih banyak apabila anda membalas pesanannya. Jika anda membalasnya dengan perkataan yang singkat pasti akan mengundang pergaduhan.

Kesimpulannya, sebagai seorang lelaki cuba untuk lebih sensitive terhadap perasaan pasangan anda. Jangan biarkan segala tindakan anda itu akan mengudang keraguannya.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,484 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen