Usah Luahkan Masalah Hubungan Pada Sahabat Berlainan Jantina, Jika Mahu Pasangan Setia.

 

Setiap orang pasti memiliki sahabat yang berlainan jantina. Sama ada terlalu rapat atau kenalan sahaja. Ada sahaja alasan bagi mereka yang mempunyai sahabat baik berlainan jantina ini. Sangat memahami, tahu untuk menyelesaikan masalah dan pelbagai alasan lagi. Tetapi tidak pula mempunyai perasaan terhadapt sahabat tersebut, HANYA KAWAN SAHAJA, katanya.

“Rapatnya kau dengan dia, ada apa-apa ke?”

Pandangan orang lain juga seperti pasangan ini mempunyai hubungan yang serius dan lebih dari seorang sahabat. Tetapi jawapannya…



“Eh, taklah…aku dengan dia kawan je. Tapi aku tak ada pun perasaan kat dia. Entah lah, aku pun tak tau, memang tak ada perasaan pun..”

“Tapi kalau aku ada masalah, aku memang selesa nak cerita kat dia..”

Tetapi jika insan seperti ini sudah mempunyai pasangan, adakah masalah hubungan dia dan pasangan tidak akan diceritakan pada sahabat tersebut? Walaupun rasa ralat, pasti terdetik di hati mahu meluahkan perasaan pada sahabat tersebut.

Jika pasangan meminta untuk menjauhkan diri daripada sahabat tersebut?

Marah? Kecil hati? “Alahhh…kawan je pun, kenapa nak marah sangat?”

Ini baru berpacaran dan belum berkahwin. Jika sebelum berkahwin sudah ingkar dengan kata-kata pasangan, adakah anda akan taat setia pada pasangan kelak setelah berkahwin nanti?

Adakah anda pasti, setelah berkahwin, anda tidak akan meluahkan perasaan atau masalah pada sahabat tersebut?

Adakah anda pasti, sahabat tersebut tidak mempunyai perasaan pada anda?

Dan adakah anda pasti sebenarnya sahabat tersebut tidak cemburu melihat anda dengan pasangan?

Apakah perasaan dan tindakan anda apabila pasangan juga mempunyai sahabat berlainan jantina untuk meluahkan masalah dalam hubungan kalian?

Tidak kisah?



Jadi, adakah hubungan yang terjalin itu atas dasar cinta semata-mata? Mahu berpasangan, mungkin juga mahukan anak sahaja. Tetapi tanggung jawab sebagai suami atau isteri kelak tidak tahu untuk dilaksanakan pula.

“Mak…kenapa (nama pasangan) buat saya macam ni, saya sedih…”

Kemudian mula meroyan di sosial media dan pada semua sahabat. Dengan cara begitu sahaja sudah menunjukkan anda tidak matang untuk menyelesaikan konflik dalam hubungan. Menghebahkan masalah hubungan atau rumah tangga pada orang ramai, tetapi tidak pula pada pasangan.

Adakah pasangan anda itu tidak mempunyai perasaan?

Jika mahukan pasangan melayan anda dengan baik, sudah pasti ia harus dimulakan dengan diri anda sendiri. Jika mahukan pasangan yang setia, perbuatan anda juga jangan lah ke arah yang membuatkan si dia memikirkan anda mahu curang. Hormatilah perasaan si dia.



 

 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,284 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen