Untuk Hubungan Yang Sentiasa Bahagia, Amalkan 5 Sikap Positif Ini.

 

Dalam mencari jodoh, anda mempunyai sikap yang sentiasa positif kerana mahukan pasangan yang positif juga. Bagi anda jika dengan berkelakuan begitu pasti ramai orang akan senang dengan perbuatan anda dan tidak mudah mencari masalah.

Begitu juga apabila anda sudah mempunyai pasangan. Sentiasa berfikiran positif akan membuatkan hubungan percintaan atau perkahwinan itu menjadi sihat. Jika pasangan yang sentiasa berfikiran negatif, ia akan mempengaruhi minda kita untuk tertutup dan tidak mudah menyelesaikan segala masalah.

Jom ketahui apakah sikap positif tersebut supaya hubungan anda dengan pasangan sentiasa bahagia…



1. Mendengar dahulu sebelum memberi pendapat.

Konsep mendengar dahulu memberi pendapat kemudian mampu membuatkan anda menjadi pendengar yang setia. Setiap orang memerlukan seseorang untuk menjadi pendengar setia kerana masalah bukan boleh dihapuskan dengan begitu sahaja. Masalah juga tidak boleh berlari jauh sehingga anda tidak dapat mencarinya kembali.

Jadi, elakkan daripada suka menyampuk apabila pasangan meluahkan perasaan. Dengar dengan teliti, kemudian apabila diminta untuk memberi pendapat, barulah anda boleh mula berbicara.

2. Tidak kuat berleter.

Leteran sangat sinonim dengan wanita. Wanita memang suka bercakap dan menyoal tanpa henti. Untuk menjadi pasangan yang matang dan diperlukan setiap masa, cuba kurangkan leteran supaya suami atau teman lelaki anda mempunyai ruang untuk berfikir.

Masakan tidak, sedang menikmati makanan anda berleter, dalam kereta berleter lagi, mahu membeli belah berleter sahaja. Didik diri untuk menyusun ayat dengan teratur supaya pasangan tidak bosan dengan anda kelak.

3. Tidak kuat berasa curiga.

Pasangan yang bahagia sentiasa bertanya. Setiap persoalan pasti akan ditanya tanpa ragu-ragu. Amalan positif ini untuk mengelakkan anda suka membuat andaian negatif pada pasangan. Jadi, jika berlaku apa sahaja elakkan terus berasa curiga tetapi TANYA.



4. Sentiasa ada jawapan untuk setiap persoalan.

Apabila pasangan mula bertanya, jangan pula anda ragu-ragu untuk menjawab setiap persoalannya. Daripada situasi begini kadang-kala sudah tahu jika pasangan cuba untuk tidak jujur dan akan melakukan perkara yang tidak diingini.

Dan, jika mempunyai masalah elakkan daripada tidak menyelesaikannya. Setiap soalan pasti ada jawapan, begitu juga dengan setiap masalah pasti ada penyelesaian. Jangan biarkan ia tergantung, belajar untuk mencari solusi pada masalah dan persoalan.

Yang penting, apabila pasangan menyoal jangan soal mereka kembali.

5. Berpuas hati dengan setiap tindakan.

Apabila anda tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberi oleh pasangan, hati anda sama ada berpuas hati atau pun tidak. Apabila tidak berpuas hati, pasangan akan mula bergaduh dan mengunkit kisah lama. Oleh sebab itu, apabila mula rasa curiga sahaja, TANYA pada pasangan.

Kemudian, apabila pasangan mula menyoal JAWAB TANPA RAGU-RAGU. Kaedah ini untuk mengelakkan pasangan kurang berleter dan hubungan yang harmoni kerana masing-masing akan berpuas hati dengan tindakan antara satu sama lain.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 490,602 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen