Lakukan 6 Perkara Ini Untuk Memastikan Pasangan Anda Sentiasa Tersenyum.

 

Setiap perhubungan semua pasangan mahu memastikan kekasih hatinya gembira dan tersenyum. Tetapi kadang-kala ada juga hubungan yang naik turun kerana berlakunya perselisihan faham. Namun dari situasi ini pasti pasangan akan berbaik kembali kerana dapat diselesaikan dengan cara yang betul.

Mahu pasangan yang gembira dan tersenyum, bukan sahaja perlu ucapkan ‘I Love You’ setiap hari, tetapi…



1. Sentiasa ucapkan terima kasih.

Tanpa yang kita sangkakan, ucapan terima kasih sering diucap pada peniaga kerana kita sering membeli barang tidak kira dimana sahaja. Namun sedemikian, adakah kita sering mengucapkan terima kasih pada pasangan yakni orang yang kita sememangnya kenal, sayang dan cintai? Hargailah pasangan dengan mengucapkan terima kasih walaupun sekali dalam satu hari.

2. Sentiasa lakukan sesuatu yang baru.

Hubungan yang agak hambar kerana rutin harian yang sama sahaja. Jadi lakukan sebarang aktiviti yang berlainan mungkin yang anda pernah lakukan ketika di awal perkenalan. Ataupun ketika anda berdua pernah menjadi sahabat. Ingat kembali perkara apa yang pernah anda buat sehingga si dia tersenyum lebar.

3. Sentiasa aktif bersama-sama.

Bagaimana hendak pastikan si dia turut serta aktif bersama? Mungkin dengan meminta pertolongan di taman rumah anda, mengubah suai dekorasi kamar tidur, atau mungkin anda ingin merasakan hasil tangannya melalui masakan. Ianya peluang baik untuk anda menghabiskan waktu bersama dengan lebih bermakna.



4. Tahu melayan pasangan dengan hormat di khalayak orang ramai.

Tidak kira sama ada berada di parti, janji temu dengan business partner atau hanya bersiar di pusat membeli belah, berikan si dia signal yang anda sentiasa mengambil berat. Pegang erat tangannya, senyuman atau mungkin dakap si dia di sisi pasti buatkan hatinya bahagia bersama anda. Elakkan membuat lawak sinis yang boleh memalukan pasangan anda di hadapan khalayak ramai mahupun teman rapat kalian.

5. Tahu untuk menyoal dengan nada suara yang lembut dan baik.

Pastikan anda menyoal dengan tutur kata yang baik agar ia tidak mengundang salah faham. Sebagai contoh, jika anda memerlukan pertolongan si dia kala di dapur, cuba untuk bertanya dengan penuh kelembutan dan kemesraan agar apa yang diminta itu tidak bertukar menjadi paksaan. Juga jangan lupa untuk tunaikan janji anda jika sudah bersetuju akan permintaannya. Gagal untuk menepati janji buatkan keharmonian itu berkurangan.

6. Jujur tentang cinta anda padanya.

Hantarlah nota cinta pada pasangan walau dimana sahaja anda berada, tidak kira melalui whatsapp atau apa jua jenis aplikasi pun. Malah berikan pasangan kejutan dengan memberi hadiah dan diselitkan dengan nota cinta. Pasti si dia akan tersenyum sepanjang hari. Mimpi malam pun indah-indah belaka. Selain daripada itu, anda juga boleh kongsikan segala kebahagiaan yang si dia pernah berikan, dan anda sangat menghargai pengorbanan itu.

Selamat Mencuba!



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,496 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen