Tak Usah Malu Ketika Tiada Bajet Untuk Berbulan Madu, Lakukan 5 Perkara Ini Sebagai Rutin Untuk Mengeratkan Hubungan.

 

Ada sahaja pasangan yang berkahwin mengikut bajet tersendiri dan dalam keadaan yang sederhana. Kebiasaannya setiap pasangan yang baru sahaja mengikat tali pernikahan pasti mahu berbulan madu. Ada yang ke luar negara dan ada juga di dalam negara sahaja. Ikut pada setiap individu.

Tetapi ada juga sebahagian daripada mereka tiada bajet untuk berbulan madu kemana-mana mungkin kerana usaha untuk membeli rumah sendiri. Jangan anggap setiap perkara yang anda lakukan adalah salah. Anggap sahaja ia adalah cabaran, dan lakarkan lah kenangan terindah bersama pasangan.



Jom lakukan 5 perkara ini dengan romantik…

1. Luang masa di dapur bersama.

Pada saat ini lah anda dengan pasangan boleh menunjukkan skill memasak masing-masing. Nanti masing-masing sudah bekerja pasti tiada masa untuk meluangkan masa di dapur bersama. Tolong antara satu sama lain untuk memasak makanan kegemaran. Dan disini jugalah anda akan mengetahui, apa yang si dia boleh makan, tidak boleh makan atau allergic pada makanan. Dengan cara ini juga lah anda boleh mengenali pasangan dengan lebih rapat.

2. Nikmati makanan bersama.

Usai sahaja masak, hidangkan makanan dengan satu pinggan sahaja. Berkongsi makanan dengan pasangan pasti dapat mengeratkan hubungan. Untuk lebih romantik suapkan makanan pada pasangan. Untuk berbulan madu bukannya perlu untuk ke tempat Hotel yang mahal untuk menjadi romantik. Hanya di rumah sahaja, anda berdua dapat berbulan madu.



3. Jalan atau ambil angin bersama.

Jika pasangan mempunyai motor, naiki lah bersama untuk mengambil angin petang. Sering menaiki kereta sahaja pasti bosan bukan? Jadi, tukarlah sekali sekala menaiki motor bersama kemudian berjalan-jalan di taman sambil memegang tangan.

4. Menonton movie atau drama kegemaran bersama.

Bosan dengan rancangan televisyen kerana asyik menyiarkan rancangan yang sama sahaja? Tonton pula Netflix atau iflix bersama pasangan. Langgan channel berikut dengan cara bulanan. Ikutlah kemampuan masing-masing. Sekurang-kurangnya dengan channel tersebut, banyak sahaja movie lama-lama yang anda boleh tontonkan.

5. Sentiasa mencipta masa bersama.

Pada fasa bulan madu ini, suami isteri pasti mahu melekat sahaja. Semua perkara pasti ingin dilakukan bersama-sama. Ciptalah masa bersama dalam apa jua situasi walaupun ia dianggap remeh. Seperti memotong kuku pasangan, sama-sama menyapu sampah di luar rumah (Jiran tengok pun sweet betul), atau melihat pemandangan di luar rumah ketika di awal pagi.

Jangan malu jika hanya berbulan madu di rumah sahaja. Rumah sendiri kan? Save budget! Kumpullah duit untuk berbulan madu di kemudian hari pula.



 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 533,366 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen