Belajar Cintai Diri Sendiri Sebelum Anda Nak Rasa Dicintai.

 

Perempuan selalu dikategorikan sebagai kaum yang sensitif dan lebih mudah tersentuh. Jadi sekali lelaki bermanis mulut dan buat baik, perempuan akan mudah 'cair' dan cepat jatuh cinta. Sayangnya bila perempuan jatuh cinta, dia juga mudah lupakan segala-galanya, termasuk dirinya sendiri. Mungkin anda tak sedar bila situasi ini sedang terjadi kepada anda - tak sayangi diri sendiri, tak hargai diri sendiri. Ada saja yang nak dikeluhkan. Warna kulit terlalu gelap, hidung kurang mancung mata terlalu besar dan sebagainya. Tak pernah pun tengok cermin, senyum, dan bersyukur dengan apa yang Allah SWT dah berikan.



Bila anda tak sayangi diri sendiri, anda akan abaikan diri anda. Penat macam mana pun, anda tetap akan bekerja. Bila dah tak terurus, anda tetap tak pentingkan keperluan sendiri. Ini selalu terjadi bila perempuan sedang bercinta. Dia lebih pentingkan orang yang dicintainya dan kemahuan si dia. Sedangkan ada masanya, anda patut letakkan diri sendiri sebagai prioriti. Luangkan masa untuk gembirakan diri sendiri dan tingkatkan diri. Kalau anda tak suka dengan berat badan sendiri, luangkan masa untuk bersenam dan belanja makanan yang lebih berkhasiat untuk diri sendiri. Kalau anda dah terlalu penat, hadiahkan percutian pada diri sendiri. Kalau anda bosan, tingkatkan ilmu supaya anda boleh bersedia ambil cabaran baru!



Anda kena percaya yang anda pun penting juga. Bagaimana anda nak orang lain mencintai anda kalau anda pun tak mampu mencintai diri sendiri? Bagaimana anda nak orang lain hormati anda kalau anda pun tak mampu hormati diri sendiri? Belajarlah untuk hargai diri sendiri dan apa yang anda ada hari ini. Bersyukur dengan kurniaan Tuhan, senyum, dan cari bahagia dalam diri sendiri. Tak semestinya kena bermewah, cukup dengan lakukan apa yang anda suka. Mungkin berkumpul dengan saudara mara atau kawan-kawan atau makan kegemaran anda sekali sekala.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,971 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen