5 Tanda Si Dia Hanya Menganggap Anda Sebagai Rakan Sahaja.

 

Apabila mula mengenali seseorang dan mula timbul rasa selesa sudah pasti anda akan anda satu perasaan mula berputik di hati anda. Ini adalah perkara semula jadi apabila seseorang yang berlainan jantina mula berkenalan rapat. Tidak salah untuk menyukai seseorang kerana itu perkara biasa, tetapi bagaimana jika seseorang yang anda suka itu hanya menganggap anda sekadar seorang rakan? Mari cari tahu sekiranya dia suka anda atau hanya anggap anda sebagai rakan.



1. Memuji wanita atau lelaki lain.

Perkara yang anda boleh lihat ialah apabila dirinya mula memuji wanita atau lelaki lain dihadapan anda. Jika dirinya memulakan perbualan seperti ini, itu menandakan dirinya selesa dengan anda sebagai seorang rakan yang boleh dikongsikan. Tetapi jika dia menyukai anda, pasti dia tidak akan mengeluarkan topik-topik seperti ini kerana, ia hanya akan menimbulkan perasaan cemburu anda sahaja.

2. Tiada perubahan dalam tingkah laku.

Jika dia menyukai anda, pasti tingkah lakunya bebeza dengan rakan-rakan yang lain. Tetapi jika sikap dan cara dirinya melayani anda sama sahaja seperti rakan-rakannya yang lain, itu bermakna dirinya hanya menganggap anda sebagai seorang rakan dan tidak lebih daripada itu.

3. Memanggil anda dengan satu panggilan yang mesra seorang rakan.

Memanggil anda dengan nama yang annoying atau dengan bro, sis itu menandakan bahawa dirinya selesa mengekalkan anda sebagai seorang rakan sahaja. Ia juga menandakan bahawa dirinya tidak mempunyai perasaan terhadap anda melainkan merasakan anda sesuai untuk dijadikan rakan baiknya sahaja.


4. Memperkenalkan wanita atau lelaki yang disukai.

Mungkin ini menyakitkan hati anda, namun apabila ia mula memperkenalkan anda dengan seseorang yang disukai, itu menandakan bahawa dirinya tidak mempunyai hati terhadap anda. Hal ini kerana, tidak mungkin seseorang boleh menyukai dua orang sekaligus. Jadi anda seharusnya berhenti berharap kepadanya.

5. Bergurau kasar.

Ini adalah perkara yang paling jelas, di mana dirinya sentiasa berguaru kasar dengan anda. Jika dia menyukai anda, pasti dia akan lebih menjaga perasaan anda. Tetapi jika dia sentiasa menyakiti hati anda dengan gurauannya ia sememangnya tiada hati terhadap anda.

Sebelum anda meluahkan perasaan anda, lebih baik anda mula mengenalpasti tanda-tanda seperti ini. Hal ini demi mengelakkan anda rasa berkecil hati, kecewa atau hanya bertepuk sebelah tangan sahaja.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,875 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen