Lelaki Akan Rasa Tidak Dihargai Apabila…

 

Wanita akan sentiasa merasakan lelaki ini adalah manusia yang macho, gagah, tidak mudah merajuk, tiada emosi, pendek kata mereka menganggap lelaki ini berlawanan daripada mereka seratu peratus. Oleh sebab itu ramai sahaja kaum wanita yang berfikiran “Alahhh, lelaki pun nak merajuk…”, “Lelaki merajuk, lama-lama dia okay la tu kalau sorang-sorang…”

Jika begini lah pemikiran wanita yang ingin bercinta, alamatnya makan hati sahaja lah si lelaki itu nanti. Jom ketahui kata-kata yang bagaimana menunjukkan lelaki rasa tidak dihargai…



1. “Baju apa yang awak pakai ni? Buruklah..”

Wanita yang terlalu peka dengan situasi begini pasti tidak senang duduk apabila melihat teman lelaki atau suaminya menggayakan pakaian yang tidak senang mereka melihatnya. Padahal bagi lelaki baju tersebut adalah favorite mereka kerana selesa. Jika setiap baju anda kritik, lelaki akan merasakan dirinya tidak dihargai.

2. “Tinggallah! Nanti saya buat sendiri semua…”

Anda sering meminta tolong daripada suami untuk melakukan kerja rumah. Tetapi apabila anda tidak berpuas hati dengan kerjanya, halau pula mereka daripada melakukan kerja tersebut. Jika anda melakukan sebegini, lelaki akan merasakan dirinya tidak berguna kerana tidak dapat menolong isterinya.  Uruskanlah kerja rumah bersama, dan ajarlah dengan berhemah.

3. “Suka hati awaklah…”

“Nak makan kat mana ni?”

“Ikut suka awaklah…”

Perbualan yang tidak tahu bila penghujungnya. Elakkan dari berkata-kata begini. Nanti dibawanya ke tempat yang anda tidak jangka, tahu pula marah, kan?

4. “Saya tak patut kahwin dengan awak dulu!”

Apabila berlakunya pergaduhan dengan pasangan, elakkan berkata-kata sebegini. Ini menunjukkan betapa menyesalnya anda berkahwin dengan mereka. Pada mereka yang belum berkahwin juga, elakkan daripada mengucap “Kita tak patut berjumpaa…” atau “Kita tak patut bercinta…” Adakah anda cuba menyalahkan takdir sekarang? Tidak yakin dengan takdir Allah?



5. “Jaga anak, tapi jangan buat ini ini ini ini…”

Seperti point nombor 2 juga, anda seperti tidak yakin dengan peranan suami anda sebagai bapa. Anda sering mengarah suami anda untuk menjaga anak, tetapi tidak boleh lakukan itu atau ini. Situasi sebegini sudah menunjukkan anda Queen Control. Lelaki akan rasa mereka diperkecilkan.

6. “Awak tak pernah…”

Apabila berlakunya pertelingkahan, kaum wanita sering mengungkit dan membandingkan suami atau teman lelaki mereka, seperti “Awak tak pernah nak cuba ambil hati saya…”, “Awak tak pernah nak bagi hadiah macam…” Mengapa ya? Sebenarnya selama ini anda tidak boleh menerima mereka seadanya?

7. “Bila nak dapat kerja ni?”

Lelaki hilang pekerjaan dalam perkahwinan adalah salah satu cabaran. Jangan lah sentiasa menyoalkan soalan begini kerana seolah-olah anda cuba memperkecilkan mereka. Zaman sekarang juga sukar untuk mendapat kerja dengan gaji yang berpatutan. Seelok-eloknya, tolonglah suami untuk mendapatkan kerja. Jangan hanya tahu merungut sahaja.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,811 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen