Dah Kahwin Nanti, Utamakan Keluarga Bukannya Sosial Media….

 

Kini, sosial media telah menjadi platform komunikasi yang sangat besar dalam rutin harian kita. Bukan sahaja melalui whatsapp, tetapi melalui messenger facebook, twitter, malah instagram juga telah mempunyai video call yang kita tidak pasti apa fungsinya? Padahal instagram secara asasnya hanya untuk memuatnaik gambar sahaja.

Daripada aplikasi yang terlalu banyak, pasti ada sahaja ‘personal message’ daripada setiap aplikasi tersebut yang bakal menggangu rutin harian anda. Tidak cukup ketika bekerja, semasa di rumah yang anda sepatutnya meluangkan masa bersama keluarga juga mahu peruntukkan di sosial media. Ketika zaman bujang mungkin mempunyai banyak masa untuk diluangkan, tetapi setelah berkahwin?

Ia mungkin bakal meruntuhkan rumah tangga kerana…

1. Merugikan masa.

Terlalu banyak meluangkan masa di sosial media menyebabkan anda merugikan masa dengan begitu banyak. Bekerja sahaja sudah 8 hingga 9 jam. Kemudian pulang dari pejabat mahu meluangkan masa di sosial media berjam-jam lamanya sehinggakan pasangan panas hati melihat kelakuan kita. Jadi, berapa lama sebenarnya masa yang kita ambil untuk orang yang kita sayang?

2. Membuatkan anda berhubung dengan orang yang salah.

Dengan adanya sosial media, pasti anda terlalu teruja untuk mencari kenalan lama ketika zaman persekolahan. Apabila sudah lama tidak bersua dan berbual, pasti ada sahaja isu yang mahu dibualkan sehingga sebenarnya anda tidak sedar sikap mereka. Tidak kira lelaki atau wanita, agak sukar untuk mengetahui jika mereka sebenarnya adalah kawan yang benar-benar kawan, atau kawan makan kawan. Jika si dia mahu curang, bagaimana?

3. Membuatkan anda mahu hidup yang “lebih baik”.

Sosial media juga akan membuatkan anda sering membandingkan hidup anda dengan rakan-rakan yang jauh beza gaya hidupnya. Jika rakan mempunyai pasangan yang kaya, banyak harta, setiap bulan pasti pergi bercuti keluar negara, anda pula hanya makan hati melihat perkara sebegitu. “Kenapalah hidup aku tak macam ni?” Jadi, anda mahu salahkan takdir?

4. Membuatkan anda terlebih kongsi pasal rumah tangga.

Di facebook juga sekarang terlalu banyak ‘page’ yang membenarkan ramai orang untuk meluahkan perasaan terutamanya hal rumah tangga. Anda hanya meluangkan masa dengan membaca luahan tersebut, dan kemudian anda juga terlibat sama untuk meluahkan apa yang anda rasa.

Perbuatan sebegini sahaja sudah cukup membuang masa. Jika benar ada masalah dengan pasangan, berbincang dengan pasangan sahaja atau kaunselor rumah tangga. Sekurang-kurangnya anda tidak dikecam atau mempunyai mimpi ngeri kerana membaca komen-komen yang sangat negatif.

Jangan biarkan diri anda dibuli di sosial media. Jadilah orang yang bijak dalam menyelesaikan masalah, ya!

5. Merosakkan keakraban suami isteri.

Dan yang paling utama adalah sosial media memang akan merosakkan hubungan suami isteri. Ketika makan, ketika menonton televisyen, ketika beristirehat, sebelum tidur juga mahu melihat sosial media. Terlalu banyak penggunaan sosial media bakal membuatkan hubungan anda dengan pasangan tidak sihat kerana tidak bertentangan mata, tidak berkomunikasi. Emosi juga menjadi tidak stabil.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 533,398 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen