Panduan Rahsia Memikat Lelaki Yang Ramai Tidak Tahu. Jom Cuba.

 

Pada zaman yang maju dan moden tika ini istilah “perigi cari timba” bukan perkara yang pelik atau malu untuk dilakukan. Sebenarnya tidak salah untuk wanita memikat lelaki. Tak salahkan sang gadis mencari dan memilih lelaki yang terbaik dalam hidup anda. Lagipun semakin lama populasi lelaki menjadi “limited edition” berbanding wanita. Jadi bila kita bercerita mengenai cara memikat lelaki, ramai wanita di luar sana terlepas pandang banyak perkara penting atau ambil mudah untuk memikat lelaki. Tapi jangan risau saya akan cuba berkongsi kepada anda cara untuk memikat dengan betul supaya anda tak berputih mata!



1. Paras dan tubuh badan yang cantik.

Anda tanyalah mana-mana lelaki majoriti dari mereka pasti suka melihat wanita yang cantik dan mempunyai susuk tubuh yang menawan. Cara memikat lelaki ni cukup berkesan. Opss pasti ada segelintir yang tidak berapa ada sifat ini sedikit kecewa. Nanti dulu anda perlu bersikap positif. Pertama cantik tu subjektif. Setiap lelaki ada ukurannya yang tersendiri. Jadi apa yang boleh anda buat jaga kulit wajah dari sebarang masalah kulit. Itu sudah cukup. Sekiranya anda mempunyai tubuh badan yang sedikit besar anda harus bersenam dan ikut diet yang sebenar supaya tubuh badan anda menjadi optimum.

2. Bersifat jujur dan berterus-terang.

Satu perkara yang cukup dibenci oleh kaum Adam ialah bila ditipu dan tak jujur. Lebih-lebih lagi bila berhubung kait tentang hubungan manusia. Cara memikat lelaki yang sebenar ialah anda perlu bersifat jujur dan jangan ada cuba-cuba untuk menipu tanpa sebab yang munasabah atau saja nak kenakan lelaki tersebut. Bak kata pepatah “Berkata benarlah walaupun pahit untuk diterima” pegang konsep tu okey. Jika ada masalah anda harus berbincang dengan baik dengan lelaki. Pasti dia akan faham.

3. Jangan bandingkan si Dia dengan lelaki-lelaki yang lain.

Kalau anda nak memikat lelaki dengan serius, tolonglah jangan bandingkan dia dengan lelaki yang lain atau lebih teruk anda bandingkan dengan ex-boyfriend anda. Saya bagi jaminan anda akan gagal untuk memikat lelaki itu. Anda seharusnya menerima kekurangan yang ada pada lelaki yang anda minati itu. Nobody Perfect betuk tak?


4. Wanita bersikap matang dambaan semua lelaki.

Sekiranya anda mempunyai sifat kebudak-budakan yang terlalu “hyperactive” sila berubah sedikit demi sedikit. Lelaki memang suka wanita atau gadis yang MANJA tetapi cukup menyampah dengan perempuan yang GEDIK. cara memikat lelaki yang efektif adalah dengan menunjukkan sikap matang anda dalam menghadapi sesuatu perkara atau masalah. Pada mata lelaki wanita sebegitu Nampak bijak dan mampu untuk berkongsi apa sahaja.

5. Bersifat sederhana dalam sebarang perkara.

Sederhana merupakan radar yang paling optimum dalam sebarang perkara. Dan sebab itu lelaki sangat suka pada wanita yang sederhana. Dari segi penampilan, cara anda berkomunikasi, cara anda berbelanja yang sederhana merupakan cara memikat lelaki yang sebenar.

Tidak salah memikat lelaki ini, tetapi anda perlu tahu batas-batasnya juga ya. Bahkan jangan lupa untuk menjaga maruah diri.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,161 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen