Wahai Wanita, Mari Kenali Lelaki Dengan Lebih Dekat.

 

Ramai wanita menyatakan bahawa mereka ini tidak memahami apa yang lelaki fikirkan dan apa lelaki mahukan. Bahkan mereka juga menyatakan bahawa lelaki ini sentiasa berubah kelakuan dengan pasangan mereka. Jadi apabila wanita tidak memahami lelaki begitu juga lelaki, maka berlaku lah sikap besar kepala dan sikap malas ambil tahu dalam perhubungan. Jadi untuk mengelakkan perkara seperti itu berlaku, mari kita mengenali lelaki dengan lebih dekat.



1. Mahu yang Ringkas.

Umumnya wanita suka bercakap meleret-leret walau pun apa yang hendak disampaikan itu sesuatu yang mudah. Sebab itulah sering kali terjadi pertengkaran dalam rumah tangga apabila suami tidak memahami apa yang disampaikan oleh isterinya. Lelaki lebih kepada fakta, jadi bercakaplah dalam bahasa yang mudah mereka fahami.

2. Tidak suka dipaksa.

Wanita sukakan satu jawapan tepat dan mereka mahu tahu kebenarannya. Namun hal ini sangat berbeza dengan lelaki kerana mereka tidak suka dipaksa. Wanita juga suka memaksa lelaki untuk menyatakan satu perkara yang tidak dilakukannya, sebab itu lah mereka ini sentiasa malas melayani sikap wanita yang seperti kanak-kanak.

3. Tidak terbuka.

Lelaki tidak suka berkongsi masalah yang mereka hadapi dengan lelaki lain atau pasangannya. Bukan itu sahaja, mereka ini tiak sifat terlalu terbuka kerana sifat egonya. Sebab itu lah mereka ini jarang menyatakan kata-kata sayang kepada pasangannya. Melainkan jika dirinya sudah benar-benar sayang akan anda dan takut kehilangan anda.


4. Pentingkan Kejujuran

Lelaki tidak suka ditipu walaupun kadang kala mereka ini akan melakukan perbuatan itu juga. Hal ini kerana, apabila anda menipu dirinya ia seolah-olah mencabar ego dirinya. Sebab itu dia sentiasa mahukan kejujuran daripada pasangannya. Jadi sebagai wanita jujur sahaja walaupun ia menyakitkan hati si dia.

5. Tidak Suka Dikritik

Siapa sahaja yang suka dikritik? Pasti tidak ada bukan. Mulut seorang wanita ini kadang kala terlalu ringan sehingga terlalu mudah untuk berkata apa sahaja sehingga menyinggung perasaan pasangannya. Jadi anda seharusnya bijak mengawal apa yang anda ingin katakan. Jika anda tidak suka dikritik, begitu juga dirinya.

Setiap lelaki ini berlainan, jadi anda perlu mengambil masa untuk mengenali mereka. Apabila pasangan anda tidak menyukai satu perkara yang anda lakukan, jadi berhenti lakukan perkara tersebut demi menjaga hubungan kalian.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,209 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen