Jom Ketahui 5 Perkara Yang Membuatkan Wanita Rasa Tidak Dihargai.

 

Setiap manusia perlu dihargai supaya segala perkara yang dilakukan dapat dilaksanakan dengan berkualiti. Tidak kira dilakukan berseorangan atau dengan sesiapa sahaja. Itu yang dinamakan ‘quality time’. Malah dengan rasa dihargai itu juga setiap manusia akan rasa disayangi.

Untuk kaum wanita, rasa dihargai itu penting untuk dirinya supaya emosi mereka dapat dikawal. Jom ketahui  bagaimanakah wanita rasa tidak dihargai? Wanita rasa tidak dihargai apabila…



1. Si lelaki yang tidak mahu mendengar luahan perasaannya.

Seperti yang kita tahu kaum wanita memang suka meluahkan perasaan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Secara langsung adalah dengan bersua muka dengan sesiapa sahaja terutama pasangannya. Apabila suami atau teman lelaki tidak mahu mendengar luahan hati, mereka pasti akan meluahkan perasaan secara tidak langsung iaitu melalui sosial media.

Tetapi meluahkan perasaan di sosial media menandakan hubungan cinta mereka tidak sihat sebenarnya. Hubungan yang semakin renggang dan kurang berkomunikasi. Jadi pada kaum lelaki, pasti anda akan merasa malu jika pasangan anda meroyan di sosial media bukan? Jadilah pendengar setia mereka, okay!

2. Si lelaki yang suka ‘like’ gambar wanita lain atau artis di sosial media.

Melihat deretan ‘like’ di instagram terutamanya pada gambar wanita lain atau selebriti yang seksi amat menyeksakan hati wanita sebenarnya. Tidak kisah untuk meminati selebriti wanita, tetapi mengapa gemar ‘like’ pada gambar yang lelaki boleh dianggap ‘flirty’ atau gatal? Situasi begini membuatkan wanita mengandai suami atau teman lelaki mereka tidak ikhlas menerima mereka seadanya. Awas ya!

“Ouh artis tu cantik, sebab tu awak like kan… saya ni tak cantikkan?”



3. Si lelaki yang tidak nampak kelainan pada kekasihnya.

Wanita juga amat suka apabila dirinya dipuji. Apabila si dia mengenakan pakaian baru, tudung baru, kasut baru atau handbag baru tetapi pasangannya tidak perasan pasti mereka mudah berkecil hati. Jadi, pada lelaki, jika nampak pasangan anda lain sedikit pada hari tersebut tegurlah mereka, jangan buat tidak tahu pula.

4. Si lelaki yang suka memuji wanita lain ketika di Mall.

Apabila berjalan kemana-mana sahaja berdua, si lelaki tidak henti-henti melihat wanita lain seperti mahu telan. Kemudia memuji secara melambung. Sama sahaja seperti point nombor 2, wanita akan merasakan dirinya seperti tidak dapat diterima lagi oleh diri anda. Jika nampak perempuan cantik jangan lah puji di depan pasangan, diam sahaja.

5. Si lelaki yang jarang bertentangan mata ketika berkomunikasi.

Dan yang paling utama untuk wanita rasa dihargai adalah bertentangan mata ketika berkomunikasi. “Awak dengar tak ni? Awak…” Jika mereka seperti tiada mood lagi untuk bercerita ketika anda sebenarnya dalam keadaan yang tidak dengar, pasti mereka akan kecewa. Jadi, adakah anda suka melihat si dia kecewa?



 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,665 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen