Lelaki Perlu Tahu 6 Tanda Ini Pada Pasangan Anda, Bahawa Mereka Kurang Perhatian Sebenarnya.

 

Setiap wanita yang bercinta malah yang telah berkahwin pasti inginkan perhatian daripada pasangan mereka. Lelaki pasti merasakan berapa banyak perhatian yang wanita ini perlukan dalam satu hari? Adakah dengan perhatian yang telah diberi masih lagi tidak mencukupi?

Jom lihat tanda-tanda teman wanita atau isteri anda masih lagi inginkan perhatian dari anda…



1. Cemburu yang berlebih-lebihan.

Anda menceritakan tentang pekerja baru yang masuk ke pejabat. Sedang leka anda bercerita, si dia hanya senyapkan diri dan seperti mengiyakan sahaja setiap perbualan anda. Reaksi mereka seperti endah tak endah sahaja. Ini tandanya mereka sedang merajuk.

Malah wanita juga akan merajuk apabila pasangannya seperti tidak mengutamakan dirinya lagi.

2. Tidak lagi meluahkan perasaan, meminta bantuan atau pendapat.

Anda tahu wanita memang suka bercakap tanpa henti dan gemar meluahkan perasaan dalam apa jua situasi. Tetapi kali ini mereka seperti merajuk dan banyak mendiamkan diri. Semua perkara dilakukan keseorangan tanpa anda.

Jangan biasakan mereka terlalu berdikari ya, nanti lama-kelamaan mereka akan terbiasa tanpa pertolongan anda. Apabila ia terjadi, mereka tidak lagi tagih perhatian daripada anda dan khuatir tiada lagi perasaan kasih sayang.

3. Tiba-tiba memakai pakaian baru hanya di dalam rumah sahaja.

Anda seperti biasa tahu jika wanita memakai pakaian baru mesti kerana mahu berjalan di luar rumah. Tetapi kali ini di rumah juga mereka berpakaian pakaian baru, cantik, kemas. Ini kerana mereka mahu menarik perhatian anda untuk memuji mereka. Mungkin anda sudah lama tidak memuji mereka, bukan?



4. Besarkan hal remeh.

Tiba-tiba sahaja perkara yang anda anggap remeh selama ini, mereka ungkit dan menjadikan hal sebegitu menjadi hal yang serius. Jangan cepat melatah, cuba bertenang dan tanya apakah masalah pada hal tersebut? Dan kenapa si dia bertindak sebegitu? Mereka cuma mahukan perhatian dari anda sahaja.

5. Sering ungkapkan kata rindu.

Apabila wanita mengungkapkan kata-kata rindu, sudah tentu mereka memang benar-benar merindui anda. Jadi, jangan lah menganggap hal ini remeh dan sekadar membalas ungkapan mereka “Saya rindu awak juga…”. Lakukan sesuatu untuk meluangkan masa dengan dirinya, jangan biarkan dirinya merasa kesunyian dan keseorangan.

6. Stalk semua sosial media anda.

Wanita ini bukan sahaja stalk sosial media anda, malah semua post anda tidak kira bertahun-tahun lamanya tiba-tiba sahaja naik notification ‘like’ darinya. Dan secara tiba-tiba mereka mulakan perbualan dengan gambar-gambar lama tersebut. Ini tandanya mereka memerlukan perhatian daripada anda. Jangan lah pula ego dan tidak mempedulikan mereka walaupun dengan perkara remeh ini. Nanti bergaduh pula.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,253 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen