Ciri-Ciri Wanita Bertuah Yang Dapat Bertahan Dengan Perhubungan Jarak Jauh (PJJ) Setelah Berkahwin.

 

Ramai juga pasangan yang telah berkahwin terpaksa mengalami perhubungan jarak jauh kerana kerja atau pun masih tidak dapat lagi rumah sendiri untuk menetap. Tetapi tidak semua wanita yang sanggup berjauhan dengan suaminya terutamanya apabila baru sahaja melangkah ke alam rumah tangga.

Jika tidak memiliki suami yang bekerja pada jarak yang jauh, tetapi pasti ada juga wanita yang memiliki suami yang kerja pada waktu dan masa yang tidak tetap seperti pilot. Jadi, apakah ciri-ciri wanita yang sanggup bertahan dengan memiliki suami bekerjaya sebegini, jom lihat…



1. Berdikari.

Seorang wanita yang sudah biasa berdikari sejak dari zaman bujang dan tidak kisah apabila berdikari dan berjauhan dengan suaminya. Baginya memiliki suami yang bekerjaya sebegini membuatkan dirinya makin kuat dan mendidik diri untuk menjadi lebih sabar dalam perkahwinan. Kerana wanita ini tahu dugaan berkahwin sangat mencabar.

2. Sentiasa menjaga penampilan.

Isteri pada si pilot contohnya, bijak menjaga penampilan tetapi pandangan orang luar hanya kerana memiliki lelaki kaya, boleh lah bergaya menggunakan barang atau mekap berjenama. Tetapi apa yang orang luar tidak tahu, wanita ini mahu kelihatan sentiasa cantik kerana mahu video call dengan suaminya tidak kira masa dan waktu. Bagi mereka, kecantikan itu penting jika lelaki berjauhan supaya dapat mengubat rindu si suami. Tak ada lah nak video call muka selekehkan.

3. Mengaku kesalahan sendiri.

Perhubungan jarak jauh sangat mencabar lebih-lebih lagi pada pasangan yang telah berkahwin. Tidak selalu bersua muka dan kadang-kala tidak tahu kesalahan apa yang telah dibuat sehinggakan pasangan merajuk. Apabila mengalami situasi begini, si wanita tidak akan merajuk lama dan mengaku kesalahan sendiri supaya sentiasa dapat berkomunikasi dengan suaminya.

4. Boleh menjaga makan minum suami.

Oleh kerana mereka jarang berjumpa, wanita ini akan sedaya upaya menjaga makan minum suaminya apabila berjumpa. Sudah pasti setiap perkara mengenai suaminya mahu dijaga dengan baik, supaya hubungan perkahwinan itu akan bertambah erat. Sebab itu suami bertambah sayang.



5. Bekerjaya.

Apabila perhubungan jarak jauh, sudah tentu wanita tersebut perlu berdikari dan mencari pendapatan sendiri walaupun menerima nafkah daripada suaminya. Tetapi apabila tidak melakukan sebarang kerja, sudah tentu bosan dan mudan tertekan. Jadi, mereka memilih untuk melakukan kerja supaya hidup semakin stabil dan mempunyai pendapatan lebih untuk masa hadapan.

6. Bijak mengambil hati kedua ibu bapa suami.

Perkara ini pastilah amat sukar bagi mereka yang PJJ. Jika suami berjauhan tetapi keluarga suami berdekatan pula. Masakan wanita tidak mahu melawat keluarga suami hanya disebabkan suaminya tiada bukan? Wanita ini dapat mencuri hati suaminya kerana boleh berdikari malah amat selesa apabila berada dengan ibu bapa mertua tanpa kehadiran suaminya.

7. Berusaha untuk menjaga hati suami.

Disebabkan berjauhan, hati suami juga perlulah dijaga. Penjagaan diri amat diutamakan supaya tidak mencalar nama suami yang berjauhan.

8. Masih setia.

Perkara yang paling penting dan sukar untuk dilakukan ketika PJJ adalah setia. Wanita ini amat setia bersama suaminya walaupun sentiasa berjauhan dan tidak pernah terdetik untuk mencari lain.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,039 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen