Mengapa Wanita Lebih Suka Memilih Pasangan Yang Berusia?

 

Pasangan berusia? Siapa yang lebih memilih untuk memiliki pasangan yang berusia ini? sudah pasti lah wanita bukan? Tetapi mengapa wanita lebih memilih pasangan yang berusia ini? Pasti banyak kebaikan yang akan diperoleh jika memilih pasangan yang lebih berusia sedikit ini. Namun begitu, maksud berusia ini bukan mereka yang mempunyai perbezaan umur telalu juah tetapi mungkin berbeza 4 atau 5 tahun dari umur si wanita. Jom kita cari tahu mengapa wanita suka lelaki yang lebih tua darinya.



1. Sebagai seorang pelindung.

Apa yang wanita harapkan dari pasangannya? sudah pasti diri mereka harapkan pelindungan yang selamat dari pasangannya. Biasanya lelaki yang lebih tua dari dirinya ini sudah bersedia dalam apa semua perkara. Sebagai contoh bersedia dari segi kewangan, rumah serta ilmu agama. Jadi mereka ini dikatakan sesuai untuk dijadikan pilihan para wanita.

2. Kelihatan lebih tegas.

Sudah mempunyai lebih banyak pengalaman, mereka ini pasti lebih tegas dalam membuat segala keputusan. Bahkan dirinya juga pasti tegas dalam membimbing isterinya. Wanita ini walaupun ia manja dan inginkan perhatian tetapi dia sangat menyukai lelaki yang tegas dan tetap pada pendirian yang telah dipegangnya.

3. Mempunyai kesungguhan dalam hubungan.

Wanita biasanya lebih serius dalam mempunyai keinginan untuk berkahwin. Maka dengan itu, lelaki yang sedikit berusia ini dikatakan lebih bersesuai dengan dirinya. Bukan itu sahaja, lelaki yang sedikit berumur ini juga dikatakan akan lebih serius terhadap satu perhubungan kerana mempunyai niat untuk berkahwin jika hendak dibandingkan dengan lelaki yang muda mahupun sebaya yang hanya mahu satu perhubungan yang suka-suka.


4. Lebih memahami.

Menurut wanita juga, lelaki seperti ini dikatakan lebih mudah memahami pasangannya. Bahkan dirinya juga mampu untuk melayani karenah dirinya. Jika tidak mengapa lelaki seperti ini dijadikan pilihan yang paling utama bagi kaum wanita. Kerana leabih sedikit berusia berbanding pasangannya, ia juga menyebabkan lelaki lebih mudah untuk memanjakan psangannya itu.

5. Lebih gentlemen.

Wanita mana yang tidak mahukan lelaki yang gentlemen? Lelaki yang sedikit berusia ini juga dikatakan lebih gentlemen terhadap pasangannya. Sebab itu lah wanita mudah cair dengan mereka ini. Selain dapat dimanja, pasangannya juga dapat memberikan perhatian kepadanya. Sudah pasti ia membahagiakan.

Tetapi lelaki yang sangat berumur juga tidak sesuai untuk dijadikan pasangan. Mana tidaknya, takut tidak mampu untuk mengikut rentak darah mudah pasangannya itu. Sekiranya wanita itu berumur dalam 23 hingga 26, lelakinya pula dalam berumur 26 tahun hingga lah ke 30an.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,838 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen