6 Tanda Teman Lelaki Anda Sentiasa Mengingati Anda Dimana Sahaja Dia Berada.

 

Jarang untuk bertemu dengan lelaki yang sentiasa mengingati wanita yang dicintainya kerana lelaki hanya melakukan satu kerja pada satu masa. Secara kebiasaan lelaki hanya fokus pada kerja yang dilakukan sehingga kadang-kala terlupa pada sesuatu perkara yang penting.



Tetapi jika mereka sudah ada 6 tanda ini, janganlah lepaskan mereka…

1. Memberi pesanan ringkas yang lucu secara tiba-tiba.

Ketika anda sibuk bekerja, secara tiba-tiba anda menerima satu pesanan ringkas daripada si dia. Sikapnya yang tidak terjangka pasti akan membuatkan anda tersenyum dikala tertekan melakukan kerja di pejabat. Menerima pesanan ringkas yang lucu yang pasti membuat anda tertawa kecil adalah petanda si dia sentiasa mengingati anda.

2. Membuat video call secara tiba-tiba.

Dikala anda beristirehat sama ada keseorangan, bersama ahli keluarga atau sahabat, si dia secara tiba-tiba membuat video call pula. Pasti kadang-kala anda terkejut dan tidak menjangkakan video call daripada si dia. Anda ingat si dia juga sibuk meluangkan masa dengan sahabat, tetapi ada sahaja tindakan yang tidak dapat dijangka daripadanya.

3. Tahu membuat kejutan.

Tanda si dia sentiasa mengingati anda apabila si dia tahu untuk membuat kejutan tidak kira waktu, masa dan tempat. Kadang-kala ada sahaja anda menerima hadiah, bunga atau pelbagai barang-barang comel yang diberi olehnya.



4. Teringat perbualan antara kalian berdua.

Seorang lelaki secara lumrahnya amat sukar untuk mengingati setiap butir kata-kata atau perbualan yang telah lama. Tetapi jika mereka teringat perbualan lama tersebut, pasti anda adalah wanita yang benar-benar telah menakluk hatinya.

5. Tidak lupa pada tarikh-tarikh penting.

Tarikh-tarikh penting seperti anniversary atau hari jadi hanya diingati oleh kaum wanita sahaja. Jika seorang lelaki dapat mengingati tarikh penting ini mungkin kerana mempunyai daya ingatan yang bagus atau alarm kalendar yang mengingatkan mereka. Maka, hargailah lelaki ini jika mereka ingat tarikh-tarikh tersebut.

6. Menghubungi anda apabila si dia keluar untuk masa yang lama.

Seperti biasa apabila seorang lelaki meluangkan masa dengan kawan-kawannya sehingga lewat malam, telefon bimbitnya langsung tidak diusik. Ada sahaja aktiviti yang dilakukan sehingga terlupa untuk update pada teman wanitanya. Apa yang kita pernah lihat keesokkan paginya sudah pasti teman wanita akan merajuk kerana tidak diberitahu ke mana mereka pergi.

Tetapi lelaki yang sentiasa ingat pada teman wanitanya, tidak lupa untuk menghantar pesanan ringkas bahawa dirinya akan meluangkan masa yang lama bersama rakan.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,844 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen