Pengalaman Cinta Sememangnya Melukakan Hati Tetapi Ia Akan Memberi Anda Pengajaran Dikemudian Hari…

 

Cinta itu penuh dengan kelukaan, kegembiraan, air mata, gelak tawa dan pelbagai lagi. Dan setiap orang akan melalui pelbagai pengalaman dalam bercinta. Dalam setiap pengalaman cinta itu, pasti ada perkara yang boleh dipelajari dan digunakan untuk satu hubungan yang lebih serius seperti alam rumah tangga nanti. Jika selama ini kesakitan pengalaman bercinta itu hanya dianggap sesuatu yang tidak perlu dikenang mungkin anda boleh lihat bagaimana ia sebenarnya membantu anda menjadi seseorang yang lebih matang dalam mencari pasangan yang lebih baik. Mari kita ketahuinya.



1. Kekecewaan ditinggalkan kerana kekurangan diri.

Tidak semua orang mempunyai pengalaman sebegini, tetapi jika anda penah merasai ditinggalkan kekasih kerana dirinya tidak boleh menerima siapa diri anda sebenarnya ia mungkin memberi pengajaran kepada anda bahawa di dalam dunia ini tiada manusia yang sempurna. Maka dengan itu, anda perlu berlajar mencintai seseorang apa adanya dan jangan mengaharapkan satu perubahan yang besar dalam dirinya.

2. Pengalaman ditipu dan dicurangi.

Rasa sakit ditipu dan dicurangi ini berlainan dengan pengalaman-pengalaman percintaan yang lain. Namun begitu, pengalaman sebegini akan membuatkan anda lebih bijak dalam menilai dan mengenal pasti tingkah laku seseorang. Bukan itu sahaja, ia juga mungkin membantu anda dalam menjaga perasaan serta kelakuan anda terhadap pasangan anda nanti.


3. Pengalaman ditolak berkali-kali dengan seseorang yang anda sukai.

Cinta bertepuk sebelah tangan ataupun di friendzone oleh seseorang yang anda sukai ini sememangnya membuat mental anda sedikit teruji. Bahkan anda juga akan merasa lebih rendah diri apabila berhadapan dengan orang ramai. Namun begitu, pengalaman seperti ini akan mengajar anda untuk menjadi lebih kuat apabila perlu berhadapan dengan sesuatu masalah secara bersendirian seperti menguruskan rumahtangga apabila pasangan anda terlalu sibuk dengan urusannya.

4. Kekecewaan terhadap hubungan yang bertahun-tahun lamanya tetapi berakhir dengan perpisahan.

Apabila melalui pengalaman seperti ini, ia akan membuatkan anda menjadi seorang yang lebih kuat dari sebelumnya. Mana tidaknya melupakan seseorang yang penah membuat anda bahagia bertahun-tahu itu perlukan satu kekuatan yang banyak untuk melepaskan segala rasa dihati. Jadi apabila di alam rumah tangga nanti, pasti anda akan menjadi seorang yang kuat dalam berjuang mengenai perhubungan anda.

Jadi jika anda mempunyai pengalaman bercinta yang menyakitkan dan melukakan anda, jangan terlalu membenci waktu-waktu itu. Tetapi ingat lah sebagai satu pengajaran hidup yang berguna pada masa akan datang nanti.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 332,818 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen