Tidak Semua Wanita Itu Hanya Mahukan Bunga Atau Coklat Ketika Dipujuk, Tetapi Apa Yang Mereka Mahu Adalah…

 

Bagi lelaki, memujuk kaum wanita adalah perkara yang paling sukar untuk dilakukan kerana wanita ini merumitkan. Sikap wanita yang selalu berteka-teki membuatkan lelaki sering tertanya-tanya, dengan cara bagaimanakah untuk memujuk teman wanita atau isterinya dengan betul?

Kadang-kala dengan memberi bunga, coklat atau teddy bear tidak mampu juga untuk memujuk wanita. Apa yang mereka mahu ketika merajuk adalah perhatian seperti…



1. Mengakui kesalahan anda dan meminta maaf.

Wanita hanya mahu mendengar kata-kata maaf daripada lelaki yang dicintainya sahaja apabila sedar melakukan kesalahan. Tetapi kadang-kala lelaki seperti tidak tahu apakah kesalahan yang mereka lakukan.

Jadi, apa yang anda boleh lakukan adalah beritahu sahaja mereka kesalahan yang mana yang membuat mereka mengguris hati. Jangan la lakukan dengan suara yang tegas, suara lembut pasti menyejuk hati.

2. Beritahu mereka yang anda tidak sabar untuk berjumpa dengannya.

Pada pasangan kekasih yang sedang bergaduh dan jarang berjumpa, teman wanita anda pasti amat merindui wajah anda yang sebenarnya. Walaupun sering video call menggunakan telefon bimbit, pasti kaedah itu tidak sama seperti bersua muka, kan?

3. Belanja mereka makan di restoran kegemarannya.

Anda perlu tahu jika wanita sedih, makanan yang mereka akan cari. Bukan lah coklat semata-mata, kerana anda sendiri pun tahu makanan tersebut tidak mengenyangkan. Dan jika berlebihan, pasti akan menggemukkan. Jadi, belanja sahaja mereka makanan yang mengenyangkan dan mampu membuat mereka gembira.



4. Pujian.

Mungkin anda jarang sangat memuji penampilan mereka. Apa sahaja pakaian baru yang dipakai atau barang baru yang digunakan, anda seperti  tidak mengambil kisah. Menegur pun tidak. Jika dengan perkara sebegini anda tidak sedar, sudah pasti teman wanita atau isteri anda mengandaikan bahawa anda sebenarnya tidak sayang dan tidak ambil peduli kisah mereka.

5. Post gambar kalian berdua di sosial media.

Kadang-kala juga wanita mahu melihat bagaimana penerimaan orang ramai terutamanya kawan-kawan atau ahli keluarga anda apabila anda memuatnaik gambar berdua di sosial media. Jika anda lakukan sebegini sudah tentu si dia akan gembira dan menganggap sebenarnya dalam hubungan kalian tiada pihak ketiga. Apabila memuatnaik gambar tersebut, jangan lupa letakkan bait-bait indah. I Love You pun sudah memadai.

6. Membuat kejutan.

Lelaki perlu tahu majoriti wanita suka pada kejutan terutamanya daripada orang yang mereka cintai iaitu anda sendiri. Jadi, tidak salah sekiranya sekali sekala anda membuat kejutan dengan memberi hadiah yang si dia tidak jangkakan.

Atau secara tiba-tiba dah terpacak di pejabatnya untuk mengajak makan tengah hari. Atau tiba-tiba sahaja anda berada di depan rumahnya untuk berjumpa, pada pasangan yang belum berkahwin. Dan pelbagai kaedah lagi.

Selamat Mencuba!



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,708 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen