Timbul Rasa Cemburu Melihat Pasangan Bahagia, Manakala Anda Menunggu Jodoh Yang Tidak Kelihatan? Mari Ikuti Langkah Ini.

 

Apabila dikelilingi dengan rakan-rakan yang sudah berkahwin ini tidak mustahil untuk anda rasa cemburu dengan kebahagiaan mereka. Mana tidaknya, anda masih keseorangan dan menunggu sesuatu yang tidak pasti, sedangkan rakan anda sedang berbahagia dengan jodoh yang telah tiba. Jadi pasti anda ingin lakukan sesuatu agar perasaan seperti terdesak ingin berkahwin itu tiada dan berasa senang melihat kebahagiaan orang disekeliling anda.



1. Banyakkan istighfar.

Apabila timbul rasa sesuatu yang tidak disenangi cuba banyakkan istighfar, cuba ingat kepada Allah SWT. Jangan terlalu melayani perasaan anda, bahkan jangan terlalu berangan bagaimana anda apabila anda berkahwin nanti atau pakaian yang bagaimana akan anda kenakan pada majlis perkahwinan anda. Cuba untuk ketepikan segala perkara yang boleh meningkatkan keinginan anda untuk berkahwin. Jika tidak mampu mengawalnya cuba untuk beristighfar dan bertenang.

2. Ubah niat anda.

Jika anda berkahwin untuk mengelakkan maksiat atau apa pun. Cuba ubah apa yang anda niatkan itu. Cuba tukar niat anda kepada beberapa perkara sepeti ini:

“Aku nak kahwin sebab kahwin ni perintah Allah dan aku nak ikut sunnah nabi.”

“Aku nak kahwin sebab nak dapat taqwa”

“Aku nak elak diri dari fitnah maksiat.”

“Aku nak kehidupan seharian aku terurus.”

Jika niat anda baik, Insyaallah akan ada jodoh yang baik akan datang kepada anda.


3. Lakukan tanggungjawab kepada ibu bapa terlebih dahulu.

Jika anda merasakan dengan berkahwin mudah untuk mengumpul pahala serta mudah mendapat rezeki, apa kata anda cuba untuk lakukan tanggungjawab anda kepada ibu bapa terlebih dahulu. Hal ini kerana, di dalam anda begitu sibuk mengejar cinta anda, anda pasti terleka untuk melaksanakan tanggungjawab anda sebagai anak. Anda harus ingat bahawa dengan menjaga serta berbuat baik kepada ibu bapa juga akan berikan anda pahala. Anda juga perlu tahu doa orang tua kepada anaknya ini akan memberikan akan kesenangan yang tidak terjangka.

4. Amalan sedekah.

Rasanya sudah menjadi satu pengetahuan bahawa amalan sedekah ini akan membantu dalam memdekatkan jodoh. Jadi jangan lupa untuk bersedekah setiap hari. Jika tidak mampu setiap hari, mungkin boleh cuba juga seminggu sekali. Ia juga membantu anda, jangan pandang ringan terhadap amalan ini.

Jangan rasa cemburu melihat kebahagiaan orang lain, tetapi pilih kebahagiaan anda yang tersendiri. Anda harus tahu, seseorang yang tepat akan tiba pada masa yang tepat. Apa yang perlu anda lakukan adalah sabar dalam penantian tersebut.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,979 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen