10 Perkara Yang Selalu Dilakukan Oleh Mereka Yang Putus Cinta. Anda Yang Mana Ya?

 

Untuk melupakan kekasih atau move on daripada kenangan lama sudah tentu akan dilakukan dengan pelbagai cara. Kadang-kala ia berkesan, tetapi kadang-kala anda menjadi semakin teringat pula pada bekas kekasih.



Jom lihat antara perkara-perkara yang sering dilakukan oleh mereka yang putus cinta..

1. Memotong rambut.

Bagi pemahaman orang-orang yang bercinta pada zaman dahulu, apabila seseorang itu memotong rambut pasti mereka telah putus cinta. Adakah perkara ini masih relevan pada zaman sekarang? Masih ada lagikah mereka yang putus cinta sahaja, akan memotong rambut untuk memberi kelainan pada penampilan?

2. Hanya baring sahaja di atas katil.

Perkara tipikal yang sering dilakukan oleh mereka yang putus cinta adalah terbaring sahaja di atas katil tanpa melakukan apa-apa. Mampu baring dan termenung sehingga berjam-jam lamanya adalah kemahiran anda untuk ketika itu.

3. Menjadi stalker kepada bekas kekasih.

Anda bukan sahaja stalk bekas kekasih anda yang baru sahaja putus cinta, malah bekas kekasih yang terdahulu juga anda mula mencari. Anda mula ‘google’ nama bekas kekasih anda ketika zaman sekolah, zaman Universiti atau pun kenalan lama.



4. Mengutuk diri sendiri.

Anda melihat diri anda di cermin, dan mula mengutuk sendiri. “Patutlah dia lari daripada aku, aku ni gemuk sebenarnya…”

Ataupun…

“Yelaaa, siapa je  la nak kat aku ni, dah la tak cantik, perangai pun buruk…”

5. Tulis diari atau update status di sosial media.

Setelah putus cinta ada sahaja kata-kata sedih yang anda mahu update di sosial media setiap hari. Dan secara tiba-tiba anda rajin pula menulis diari kerana telah bosan ‘meroyan’ di sosial media.

6. Membuka akaun baru untuk sosial media.

Anda tidak suka block bekas kekasih di sosial media, namun anda pula yang membuka akaun baru untuk stalk mereka. Anda membuat dengan nama baru atau nama yang tidak dikenali, dan meletakkan gambar-gambar yang penuh dengan inspirasi sahaja.



7. “Shopping adalah satu terapi”

Anda mula membeli belah dan berbelanja dengan boros semata-mata untuk melupakan bekas kekasih anda. Bagi anda shopping adalah satu terapi, tetapi anda lupa bahawa anda terlalu boros.

8. Mula melakukan hobi baru.

Jika wanita tidak pernah pergi facial, manicure atau pedicure, mereka mula berbelanja untuk terapi diri supaya menjadi lebih cantik. Lelaki pula lebih berbelanja pada barangan sukan, gadget atau kereta.

9. Mula bersosial.

Jika sebelum ni, ketika reunion atau kenduri kahwin rakan sekolah, susah mahu melihat bayang anda. Anda juga sering mempunyai alasan sibuk, padahal sedang dating dengan kekasih dahulu. Namun sekarang segalanya berubah, anda tiba-tiba rajin untuk pergi ke semua majlis dan bersosial.

10. Travel

Anda tiba-tiba bersemangat untuk mengumpul duit supaya dapat travel ke mana sahaja yang anda suka. Anda juga lebih gemar travel keseorangan supaya orang yang melihat kagum dengan keberanian anda yang mampu travel sorang-sorang.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 525,863 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen