6 Fakta Apabila Memiliki Pasangan Yang Tidak Romantik.

 

Jika manja sering dikaitkan dengan wanita kerana sifatnya yang lembut, romantik pula sering dikaitkan dengan lelaki. Tetapi kerana apa ya? Bagi wanita, lelaki lah yang harus pamerkan sikap romantik dahulu supaya hubungan percintaan tersebut dapat terjalin dengan bahagianya. Jika dahulu, situasi sebegini terjadi kerana sikap malu wanita yang menebal. Jadi, lelaki lah yang harus menunjukkan kesungguhannya dari segi romantik.



Namun, apa yang terjadi sekiranya teman lelaki atau suami anda bukan seorang yang romantik?

1. Jarang memegang tangan di khalayak ramai.

Untuk pasangan yang telah berkahwin, sebagai isteri sudah tentu cemburu melihat pasangan lain dimana si suami sentiasa memegang tangan isteri mereka. Si suami yang jarang memegang tangan isteri di khalayak orang ramai kebiasaannya, tangannya yang kerap berpeluh, tidak biasa memegang tangan isteri di khalayak orang ramai atau sedang bergaduh. Eh?

2. Ayat yang tidak berbunga dan berpuitis.

Lelaki sebegini hanya berterus-terang sahaja apa yang difikirkan. Mereka tidak tahu untuk bercinta dengan menggunakan ayat yang berbunga-bunga atau berpuitis. Jika si dia mahukan wanita yang dia minati, dia hanya berterus-terang mahukan hubungan yang serius atau pun tidak. Tiada masa berteki-teki atau memberi pick-up line.

3. Hanya meluahkan cinta melalui perbuatan.

Secara lahiriah majoriti lelaki meluahkan perasaan cintanya hanya melalui perbuatan sahaja. Bagi mereka hanya meluahkan kata-kata cinta semata-mata tanpa melakukan sebarang tanda-tanda mencintai, adalah sia-sia. Oleh kerana itu ramai lelaki lebih praktikal darri segi emosinya.



4. Tidak menunjukkan kasih sayang pada khalayak ramai.

Jika mereka jarang memegang tangan di khalayak orang ramai, sudah tentu untuk menunjukkan kasih sayang pada umum juga mereka seperti mahu menyorok sahaja. Biarlah romantiknya itu hanya dilihat oleh isterinya seorang sahaja dirumah, tidak perlu ditunjukkan pada umum fikirnya.

Tetapi hati-hati ya lelaki, jika orang luar lihat anda melayan isteri seperti dingin, tetapi sebenarnya anda tidak romantik, pasti akan menjadi buah mulut orang ramai.

5. Jika anda merajuk dan mahu dipujuk, anda perlu berterus-terang dengan lelaki ini.

Lelaki sebegini juga memerlukan wanita yang sentiasa berterus-terang apa yang mereka rasa. Jika teman wanita atau isterinya tiba-tiba merajuk dan hanya mendiamkan diri tanpa memberitahu hal sebenar, sudah tentu lelaki ini menganggap pasangannya ‘okay’. Jadi anda sebagai wanita, jangan berkias pada lelaki yang tidak romantik ya!

6. ‘I Love You’ yang sangat bermakna.

 Jika si dia meluahkan kata-kata cinta seperti ‘I Love You’, anda tahu si dia benar-benar cintakan anda kerana si dia memang jarang mengungkapkannya. Lelaki ini juga pasti tidak dengan suka hati mengungkap ‘I Love You’ pada wanita lain, jadi anda boleh tahu si dia bukan jenis yang suka curang.



 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,546 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen