Jom Ketahui Sama Ada Si Dia Benar-Benar Suka Pada Anda, Atau Main-Main Sahaja Melalui 8 Situasi Ini.

 

Zaman sekarang, siapa sahaja dikalangan anak remaja tidak mempunyai crush atau seseorang yang mereka minat dalam diam, bukan? Pasti ada sahaja lelaki atau gadis yang telah menarik perhatian mereka, tetapi malu untuk meluahkan perasaan. Sudah berkenalan dan menjalinkan hubungan persahabatan yang agak lama, tetapi keliru si dia benar-benar suka atau main-main sahaja.



Jom kenali mereka melalui 8 situasi ini…

Situasi 1: Mengambil masa yang lama untuk ke hubungan yang romantik.

Perkara yang sangat tipikal dan sering terjadi pada mereka yang sukar untuk mengetahui perasaan mereka yang sebenar. Anda tertunggu-tunggu masa yang sesuai untuk meluahkan perasaan pada si dia. Namun, apabila mengambil masa yang terlalu lama, dan anda pun sudah memiliki orang lain. Ketika dan saat itu lah mereka memberitahu bahawa mereka sebenarnya mempunyai perasaan pada anda.

“Kenapa ini sering terjadi…..”

Situasi 2: Sangat berterus-terang.

Ada juga orang yang terlalu berterus-terang dengan perasaannya. Jika si dia suka, pasti banyak sahaja perkara yang menunjukkan si dia suka pada anda. Jika tidak suka, si dia akan menjauhkan diri daripada anda. Cuma anda sahaja tidak dapat menerima kelakuan si dia yang sangat berterus-terang, sebab ‘awal-awal dah kena reject’. Jadi, anda tidak mahu berputus asa dengan orang seperti ini.



Situasi 3: Cemburu jika berkawan dengan orang lain.

Si dia pasti akan sering bertanya, anda keluar pergi ke mana? Dengan siapa? Berapa lama? Berapa hari? Mereka ini sikapnya seperti endah tak endah sahaja dengan anda, tetapi apabila anda menghilangkan diri, mula lah jadi polis dan bertubi-tubi soalan. Jika ini yang terjadi, si dia cemburu sebenarnya. Malah jika anda berbual dengan orang lain pun, matanya tidak henti-henti melihat gerak-geri anda.

Situasi 4: Berteka-teki.

Sukar berkawan dengan orang yang seperti ini. Sekejap kata suka. Sekejap kata benci pula. Jika ia berkenaan dengan hati dan perasaan, usah lah berteka-teki terlalu lama dan tarik tali yang tiada penghujungnya. Jika si dia seperti ini, anda perlu menjadi tegas mengenai hati dan perasaan. Jangan terbuai-buai dengan kata-kata manis mereka.

Situasi 5: Anda sudah bagi hint banyak kali, tetapi si dia masih tidak sedar.

Anda sangat berterus-terang apabila mengenai hati dan perasaan. Jika anda suka pada seseorang, anda memang suka berterus-terang agar tidak membuang masa kelak. Tetapi anda tidak pasti, si dia pura-pura tidak tahu, tahu tapi malas nak melayan perasaan, atau memang tidak dapat menangkap hint anda langsung? Jika beginilah kelakuan mereka, adakah anda mahu terus menunggu dirinya?



Situasi 6: Terlalu cepat jatuh cinta, selepas itu terlalu cepat bosan.

Anda pernah dengar jatuh cinta pandangan pertama, bukan? Begitulah si dia yang anda kenali, cepat meluahkan kata cinta, bagaikan anda adalah bidadari yang telah memanah hatinya, tetapi selepas itu apa yang terjadi? Si dia mulai bosan dengan anda.

 Situasi 7: Berusaha mengejar dan mencuri hati anda, tetapi…

Boleh dikatakan si dia ini dibawah kategori ‘playboy’, ‘sweet talker’, dan sanggup melakukan apa sahaja untuk anda. Tetapi, semua itu lakonan sahaja kerana hatinya pernah terluka dahulu, dan untuk membalas dendam. Hati-hati!

Situasi 8: Mencintai bukan bererti harus memiliki.

Si dia mahu melihat anda bahagia, tetapi bukan dengan dirinya kerana “Saya tidak layak untuk awak,,,” katanya. Kesimpulannya, cari sahaja orang lain, jangan buang masa dengan dirinya yang terlalu banyak alasan.

Si dia yang bagaimana, ya?



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 383,722 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen