Apabila Sudah Melihat Usaha Si Lelaki Mengejar, Si Gadis Jangan Pula Terlalu Jual Mahal…

 

Gadis malahan wanita yang belum bertemu jodoh, pasti ternanti-nanti siapakah jejaka yang bakal menjadi suaminya kelak. Jika ada meminati seorang lelaki dari jauh, sudah tentu malu untuk bertegur. Biar sahaja lidah terkelu, bibir terkatup daripada malu seorang diri apabila menegur jejaka idaman. Tidak kisah hati merana apabila meminati dalam diam.

Sudah ditetapkan dalam hati hanya mahu pada lelaki yang mengejarnya sahaja.



Hanya mahu lelaki yang mulakan salam perkenalan…

Hanya mahukan lelaki yang meluahkan perasaannya terlebih dahulu…

Malah mahu lelaki yang meminta nombor telefon dahulu….

NAMUN, APA YANG TERJADI APABILA SEORANG LELAKI ITU SEDANG MENGEJARNYA DAN CUBA MENCURI HATI?

Kata mahukan lelaki yang mulakan dan menghulur salam perkenalan, tetapi…

TERLALU JUAL  MAHAL KERANA CEREWET UNTUK PARAS RUPA YANG KACAK

Apabila lelaki tersebut pada mulanya adalah bukan seorang lelaki idaman mereka, terlalu awal menolak. “Hmmm, bukan taste aku, taknak lah…”. Awal-awal sudah reject lelaki tersebut, selepas itu meroyan di sosial media kata tiada lelaki mahukan mereka. Perkara sebegini telah menunjukkan wanita sememangnya merumitkan. Padahal ada sahaja lelaki yang mahu berkenalan dengannya, tetapi telah ditolak secara mentah kerana paras rupa yang bukan ‘taste’ mereka.

TERLALU JUAL MAHAL LALU SANGGUP MENGUJI PADA TAHAP MERIMASKAN LELAKI

Wanita secara lahiriahnya memang suka menguji lelaki.



Menguji kesabaran lelaki…

Menguji kesetiaan lelaki…

Menguji kelakian lelaki…

Semuanya mahu diuji. Kadang-kala wanita tersebut mahu menguji untuk melihat tahap serius lelaki tersebut di dalam perhubungan. Tetapi jika sejak awal perkenalan sehingga lah berbulan-bulan hanya mahu menguji sahaja, bilakah hubungan tersebut mahu indah? Bilakah hubungan tersebut mahu mengecapi kebahagiaan. Setiap pasangan mahu bahagia bukan?

Sebagai manusia biasa janganlah terlalu menguji dan memberi ujian pada manusia yang lain. Ingat! Kita sebagai manusia jangan terlalu mengharap pada manusia tetapi berharaplah pada Allah SWT. Jika kita sering sangat menguji, khuatir hidup kita pula akan diuji Allah. Fikirlah ujian yang diberi oleh Allah akan setimpal sebagaimana anda suka sangat menguji orang lain. Itu yang dinamakan takdir Allah.

Oleh kerana itu gadis dan wanita yang terlalu jual mahal, sentiasa menagihkan perhatian daripada seorang lelaki. “Nak tengok sampai tahap mana dia boleh tahan dengan perangai aku…”. Padahal diri sendiri yang merumitkan keadaan sehinggakan tiada siapa mahu berkenalan dan rapat dengan dirinya.

Jika beginilah pemikiran anda, tidak hairan mengapa sukar untuk menjemput jodoh.



 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 613,116 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen