Apa Yang Wanita Perlu Lihat Pada Seorang Lelaki Sebelum Memilihnya Untuk Dijadikan Pasangan?

 

Apa yang paling seorang wanita takutkan dalam memilih jodoh ini? Sudah pasti mereka takut jika tersalah pilih jodoh. Hal ini kerana, apabila tersalah pilih jodoh, ia mampu membuat seorang wanita itu merana. Mana tidaknya, ia mungkin akan didera fizikal dan mental sedangkan, emosi wanita ini harus dijaga jangan sampai ada yang mengganggunya. Jadi sebelum mereka memilih seseorang lelaki untuk dijadikan pasangan hidup, apa yang mereka perlu lihat terlebih dahulu?



1. Sikap ambil berat terhadap pasangan.

Orang lelaki ini apabila dia mula memperolehi seseorang, dirinya akan mula mengabaikan dan kurang mengambil berat pasangannya. Sebab itu seorang wanita perlu lihat perkara ini sebelum membuat pilihan. Hal ini kerana, dengan sikap perihatin dan mengambil berat ini akan membuktikan bahawa lelaki tersebut mencintai anda bukan anda yang mencintai dirinya. Hal ini kerana, perkara ini mampu menjaga emosi anda pada masa akan datang.

2. Kelakuan dirinya.

Cuba lihat bagaimana dirinya melayani anda. Adakah dirinya pernah berkasar dengan anda? Jika pernah, anda harus elakkan dirinya. Hal ini kerana, apabila seseorang itu mula berkasar dengan anda, dirinya akan terus berkasar walaupun mereka ini menjanjikan perubahan akan sikapnya. Seorang wanita begitu lembut dan sensitif terhadap orang yang mereka sayangi, sebab itu lah dirinya memerlukan seseorang yang melayani diriya dengan baik. Jadi, perhatikan bagaimana dirinya melayani anda.

3. Janji-janji pasangan anda.

Adakah pasangan anda ini suka menambur janji kepada anda? Cuba semula apa yang dirinya telah berjanji? Dan adakah dirinya pernah menunaikan janji tersebut? Ataupun dirinya hanya sekadar berjanji sahaja? Seseorang yang begitu serius terhadap anda tidak akan mudah untuk menabur janji yang dirinya tidak mampu lakukan. Malah dirinya juga akan menunaikan setiap perkara yang dijanjikan. Cuba lihat semula pasangan anda?


4. Sikap dan tabiat mereka.

Untuk memiliki sekeluarga yang bahagia dan harmoni adalah berdasarkan sikap ketua sesebuah keluarga tersebut. Jika sikap dirinya malas, serta suka megeluarkan kata-kata kesat maka, ia sukar untuk membentuk satu keluarga yang harmoni. Mana tidaknya dalam setiap pergaduhan segala kata kesat akan keluar dan ia mampu mengguris hati sesiapa sahaja yang mendengarnya. Bukan itu sahaja pelbagai lagi sikap seorang lelaki yang perlu anda lihat agar anda dapat membina masa depan yang bahagia.

Jadi buat wanita, sebelum anda menerima satu lamaran atau pinangan, adalah lebih elok jika anda melihat empat perkara ini. Hal ini kerana, ia akan membantu anda mendapatkan satu kebahagiaan pada masa hadapan. Bukan apa, seorang wanita yang tersalah memilih pasangan akan lebih rugi berbanding lelaki yang tersalah pilih pasangan.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 385,548 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen