Mengapa Jodoh Itu Perlu Dicari Bukan Hanya Ditunggu?

 

Apabila bercakap mengenai jodoh pasti buat mereka yang masih ternanti-nanti itu rasa sedikit terasa hati. Bukan itu sahaja, ramai yang menyatakan bahawa jodoh itu harus ditunggu bahkan ada yang menyatakan kalau sudah jodoh tidak ke mana. Tetapi apa yang kita faham sebenarnya dari ayat tersebut? Adakah itu bermakna bahawa jodoh itu tidak perlu untuk dicari? Sebenarnya, jodoh itu perlu dicari, dan bukan hanya ditunggu. Tetapi mengapa?



1. Jodoh itu tidak datang begitu sahaja.

Apabila anda menginginkan sesuatu pasti anda perlu mencarinya dan mencapainya bukan? Begitu juga dengan jodoh, anda menginginkan pasangan hidup tetapi anda hanya menunggu sahaja tanpa ada usaha untuk mencari jodoh anda. Bagaimana anda akan berjumpa dengan jodoh? Sedangkan anda perlu melihat sekeliling anda serta berusaha mencarinya. Tidak kira lah usaha yang bagaimana pun, tetapi anda tetap perlu mencarinya. Contohnya, jika anda hanya duduk di dalam rumah sahaja, adakah anda tahu jodoh anda berada di hadapan rumah anda?

2. Jodoh itu pilihan.

Untuk mendapatkan sesuatu yang baik sudah pasti ia perlu dipilih bukannya hanya tangkap muat sahaja. Sebab itu kita digalakkan untuk mencari. Apabila mencari sudah pasti akan banyak pilihan yang boleh dilakukan. Dari situ, baru lah anda boleh pilih yang mana bersesuaian dengan hati dan jiwa anda. Bahkan anda juga dapat mengenali hati budi mereka. Jika anda hanya tangkap muat sahaja, tidak mustahil anda akan terluka.

3. Jodoh itu harus diperjuangkan.

Apabila anda sudah pasti bahawa dirinya itu adalah yang bersesuaian dengan diri anda, maka anda harus memperjuangkan. Anda seharusnya berdoa serta meminta kepadaNya agar diberikan kemudahan dalam menjalinkan hubungan dengannya. Bukan itu sahaja, anda harus memastikan bahawa hubungan yang dibina itu berkekalan dan serius. Bukannya hanya membiarkan sahaja. Di sini juga anda perlukan usaha.


4. Jodoh itu saling melengkapi.

Berusaha mempertahankan jodoh itu tidak mudah, hal ini kerana pelbagai dugaan yang harus dijalani. Sebab itu jodoh itu saling melengkapi. Di mana setiap pasangan harus melengkapi setiap kekurangan pasangannya. Bukannya, memperlekehkan pasangannya. Jadi jika tidak mengenali jodoh dengan betul bagaimana untuk saling melengkapi. Sebab itu ia perlu dicari, agar anda atau pasangan anda dapat menlengkapi apa yang kurang pada diri anda.

Allah SWT sememangnya tahu yang terbaik untuk diri kita, sebab itu seseorang yang tepat akan tiba pada waktu yang sesuai. Tetapi jika anda tidak usaha bagaimana Allah SWT ingin membantu anda. Bagaimana kalau jodoh anda di utara sedangkan anda di selatan, sebab itu anda perlukan usaha.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,235 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen