4 Jenis Orang Yang Tidak Sesuai Untuk Dijadikan Pasangan.

 

Dalam mencari pasangan untuk membina masa depan bersama hingga ke hari tua ini, banyak perkara yang perlu dititik beratkan. Mana tidaknya, mencari pasangan ini bukan semudah membeli ikan di pasar, jadi sudah pasti ia perlu lebih dipilih dengan lebih terliti. Terdapat beberapa jenis orang yang tidak sesuai serta tidak harus anda dekati untuk dijadikan pasangan anda. Mari kita kenali jenis-jenis mereka ini.



1. Mereka yang baru sahaja putus cinta.

Dirinya baru sahaja putus cinta dan mula ingin jalinkan hubungan dengan anda? Mereka ini tidak sesuai untuk dijadikan pasangan. Mana tidaknya hatinya mudah berubah. Boleh jadi juga dirinya hanya mahu menggunakan anda untuk melupakan bekas kekasihnya. Jadi jauhkan diri anda daripada mereka ini. Bukan itu sahaja, biasanya mereka yang baru putus cinta lalu ingin jalinkan hubungan adalah mereka yang tidak serius.

2. Mereka yang terlalu banyak rakan berlawanan jantina.

Jika anda berkenalan dengan mereka yang terlalu ramai rakan yang berlainan jantina juga adalah mereka yang tidak sesuai dijadikan pasangan anda. Mana tidaknya, apabila anda jalinkan hubungan dengannya, dirinya akan meminta rakan-rakannya itu membantu anda. kira macam ada campur tangan oleh orang luar. Bukan hanya itu sahaja, rakan-rakannya itu akan menjadi rujukkan apabila anda bergaduh nanti. Senang aje lah berita mengenai anda tersebar nanti.


3. Lelaki yang terlalu bergantung pada ibunya.

Menjadi anak emak ini sememangnya baik, tetapi jika anda terlalu menjadi anak emak sehingga tidak tahu berdikari serta tidak tahu membuat keputusan dalam hidup ini agak sedikit sukar. Jika anda jalinkan hubungan dengan orang seperti ini, hubungan anda akan mudah melibatkan orang luar. Mana tidaknya pasangan anda pasti akan mengadu dengan ibunya.

4. Suami atau isteri orang.

Apabila anda tahu bahawa dirinya itu adalah suami atau isteri orang, adalah lebih eloka jika anda menjauhkan diri daripadanya. Mana tidaknya, tidak elok mengganggu rumahtangga orang. Adalah lebih baik anda mencari mereka yang single dan bujang ini, lebih baik. Jika anda libatkan diri dengan hubungan ini, ia hanya akan membuat kesusahan sahaja dalam hidup anda.

Jika anda bertemu dengan mereka yang mempunyai ciri ini adalah lebih elok sekiranya menjauhkan diri darinya. Tetapi jika anda sudah dijodohkan untuk jalinkan hubungan dengan mereka ini, itu bermakna mereka ini adalah orang yang bersesuaian dengan anda.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,428 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen