6 Perbuatan Secara Tidak Sedar, Anda Sebenarnya Sedang Curang Pada Pasangan.

 

Kadang-kala perbuatan yang kita lakukan setiap hari pasti ia berlaku di atas separa sedar atau tidak sedar secara langsung. Contohnya anda rasa anda tidak stress, tetapi tubuh badan anda sendiri sebenarnya bakal menunjukkan yang anda sedang stress seperti sering sakit kepala, sakit perut berpanjangan, tidak lawas dan sebagainya.

Seperti situasi curang ini, apabila anda dan pasangan bergaduh. Sudah tentu salah seorang akan cuba bertenang dan menjauhkan diri. Tetapi apakah yang dilakukan ketika keseorangan? Meluahkan perasaan pada pihak ketiga? Cuba mencari teman yang lebih memahami? Cuba mencari kenalan baru?



Jom ketahui antara perbuatan anda secara tidak sedar sebenarnya ke arah untuk mempermainkan hati kekasih atau melakukan curang…

1. Mengorat orang lain.

Anda bosan ketika berlakunya pergaduhan dengan pasangan. Jadi, secara tidak sedar anda cuba mengorat orang lain kerana ia menghiburkan hati anda. Hati-hati, jika tersalah beri hati, pasti tidak dapat diundurkan masa kembali.

2. Meluahkan perasaan pada kawan yang lain jantina.

Contoh anda seorang wanita dan mempunyai bff seorang lelaki. Jadi, kenapa perlu luahkan perasaan anda pada bff tersebut tentang pergaduhan dengan kekasih? Jika benar anda mempunyai masalah berbincang dari hati ke hati dengan pasangan, bukan dengan bff lelaki anda tersebut.

3. Meluangkan masa dengan orang lain.

Anda lebih gemar meluangkan masa dengan sahabat lain dan tidak lagi bersama kekasih hati. Lebih-lebih lagi jika dalam kumpulan tersebut mempunyai seorang sahabat lelaki yang memang lama sudah meminati anda. Adakah anda akan membiarkan perkara ini terjadi? Memberi ruang pada lelaki tersebut untuk merebut cinta anda?



4. Mengaibkan kekasih anda.

Cukuplah anda meluahkan perasaan tentang pergaduhan anda dengan pasangan, kemudian anda memburuk-burukkan si dia pada orang lain pula. Jadi, anda suka apabila orang ramai memperkecilkan dan memandang rendah pada pasangan? Jangan bertindak kejam.

5. Berpenampilan kemas untuk orang lain.

Anda dengan pasangan sudah lama menjalinkan hubungan. Mungkin anda sudah terlalu biasa dengan si dia, lalu secara tiba-tiba anda berpenampilan kemas semata-mata untuk ‘test market’. Semua ini terjadi kerana hubungan kalian berdua yang semakin hambar, dan tidak cuba untuk menarik perhatian di antara satu sama lain.

6. Mula whatsapp dengan orang lain.

Anda mula mencari kenalan lama di whatsapp contact kerana ingin tahu khabar mereka terutamanya yang berlainan jantina. Adakah memang untuk mengetahui khabar mereka? Sudah berpasangan atau berkahwin? “Oh, single lagi ni…boleh la whatsapp sampai tengah malam..” Secara tidak sedar, anda sebenarnya sedang menduakan pasangan anda.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,657 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen